Memaparkan catatan dengan label Etnik Kraf. Papar semua catatan

Pembuat Kasut / Shoe Making  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kasut adalah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getah, kulit, kain, dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai aktiviti. Kasut wanita 100% buatan tangan menggunakan material berkualiti diimport dari luar negara iaitu fabric P.U untuk Upper. Upper merupakan permukaan atas kasut yang juga dipanggil ‘Muka’ kasut. Bahagian tumit atau tapak pula diperbuat  daripada Kayu Pulai dan bahagian muncung kasut diperbuat daripada E.V.A (sejenis getah) supaya tapak kasut lebih selesa dan lembut apabila dipakai. Bahagian tapak paling bawah diperbuat daripada Rubber Sole dan Nylon (sejenis getah) supaya tidak cepat haus dan tidak licin.


A shoe is a kind of footwear usually made of rubber, leather, cloth and other materials to cover the human feet. It is intended to protect and comfort the feet while doing various activities. The upper of a 100% handmade women’s shoes are made from quality imported materials such as PU fabric. Upper surface of a shoe is also called the ‘face”. The heel or the sole is made from Pulai wood. EVA, a type of rubber, is used as insole because it feels comfortable and soft when worn. The outsole is made from rubber and nylon for durability and non-slip.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Wau  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu. Wau popular di kalangan keturunan Bugis dan biasanya dimainkan menjelang musim menuai padi. Wau mempunyai beberapa bahagian utama iaitu kepala, pinggang, sayap dan ekor. Wau juga dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat dan akan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga dihasilkan dalam bentuk cenderahati dan hiasan dinding.

Wau game is one of the traditional games of the Malays since hundreds years ago. Wau popular among the Bugis descent and is usually played in the harvest fields. Wau has several key areas of the head, back, wings and tail. Wau also created in various forms and names like bird wau, stingray wau, frog wau, parrot wau, peacock wau, Cat wau, swing kebayan wau, sewah wau and west wau. Design patterns are usually motivated clouds old and will be colored with different colors. Apart from being a plaything, wau are also produced in the form of gifts and walls decorations.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Wayang Kulit / Shadow Play  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Merupakan penglipur lara dan alat perantara tradisional yang diadaptasi daripada epik klasik Ramayana dan Mahabrata. Penampilan watak dan jalan cerita diadun dan diubahsuai mengikut adat resam dan latar budaya masyarakat setempat. Unsur teater, muzik dan lagu diadun harmonis, mencerminkan keunggulan seni warisan lama.

Shadow plays a tradisional folks entertainment and also as a medium of communication adapted from the classical tales of Ramayana and Mahabrata. The projected characters ad the plot are combined and modified to suit the local customs and traditions of the local society. Theatrical elements, music and songs are harmoniously blended to reflect the excellence of this artistic heritage.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Seni Kraf Kertas / Craft Paper  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni Kraf Kertas adalah satu cabang seni yang tidak dapat ditafsir bila permulaannya. Seni Kraf Kertas mempunyai pelbagai teknik yang digubah untuk membentuk produk tiga dimensi. Setiap produk yang dihasilkan mengikut, budaya sesebuah negara samada barat ataupun timur. Antara produk kraf kertas meliputi barangan hiasan mahupun dekorasi kediaman, cenderahati, peralatan klegunaan harian dan lain-lain.

Craft Paper is a branch of art that cannot be interpreted first. Craft paper has composed a variety of techniques to form a three-dimensional product. Every product is produced according to the customs and culture of a country either east or west. Between Craft Paper products include decorative items or residential  decoration, gifts, daily use equipment etc.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Kristal  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kaca dan kristal asasnya dihasilkan daripada bahan mentah yang sama iaitu silika. Bagi menghasilkan kristal, silika diproses menjadi bahan yang berkualiti tinggi, lebih lembut dan lebih tahan terhadap perubahan suhu yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa kristal sebenarnya adalah kaca yang berkualiti tinggi. Kerja penghasilan barangan kristal agak rumit kerana ia memerlukan ketelitian, kecekapan, kemahiran dan yang paling penting aspek keselamatan. Ini adalah kerana ia melibatkan api panas yang mencecah suhu 1,400°Celcius manakala untuk membuat produk akhir kristal, suhu yang diperlukan adalah sehingga 1,100° Celcius. Tambahan pula, bagi menghasilkan produk kristal yang besar, seseorang tukang itu perlu meniup kaca bagi membentuk kaca menjadi kristal yang cantik berkilauan dengan menggunakan api yang lebih besar. Namun, bagi menghasilkan produk kristal yang kecil, api yang digunakan agak sederhana dan bahan kaca tidak perlu ditiup. Proses pembuatan kristal adalah yang paling cepat disiapkan kerana proses pembuatannya adalah berterusan dan tidak boleh ditangguhkan. Produk kristal yang paling singkat disiapkan adalah dalam masa dua minit tetapi yang paling lama boleh memakan masa sehingga dua jam. Produk kristal yang siap dibentuk akan dimasukkan ke dalam ketuhar untuk penurunan suhu selama dua jam sebelum ia menjadi produk yang siap sepenuhnya. Antara produk kristal tempatan yang biasa dihasilkan ialah barang perhiasan rumah dan pejabat serta kelengkapan hotel seperti pasu, bekas abu rokok, pinggan dan kole, selain sesuai dijadikan barangan cenderamata yang eksklusif.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Manik (Beads and Beadwork)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Manik merupakan perhiasan diri yang digemari dan masih digunakan oleh masyarakat etnik di Kepulauan Borneo. Untaian manik menjadi hiasan pilihan pada pakaian tradisional selain daripada perhiasan perak.

Hiasan manik banyak digunakan oleh suku kaum etnik di Sarawak seperti Orang Ulu (kaum Kayan dan Kenyah), Lun Bawang, Kelabit, Iban, Bidayuh dan Melanau. Manakala di Sabah manik amat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun, Rungus dan Murut. 

Pelbagai jenis manik yang sering digunakan antaranya manik yang diperbuat daripada gigi binatang, tulang, cengkerang dan serpihan logam. Manik yang diperbuat daripada serpihan kaca dan batu permata diperkenalkan sekitar abad ke 16 oleh pedagang luar terutamanya dari Negara Eropah, Venice dan Behormia. 

Manik menjadi perhiasan diri yang dipakai sejak dahulu kerana ianya melambangkan status dan kemewahan seseorang. Manik juga dijadikan sebagai pertukaran mata wang dan hantaran perkahwinan. 

Sehingga kini kegiatan membuat kraf manik masih dijalankan oleh penduduk tempatan di Sabah dan Sarawak. Manik-manik dijahit dan disulam indah menjadi perhiasan pakaian, tali pinggang, hiasan kepala, bakul dan keperluan harian lainnya. 

Beads have always been popular among the various ethnic groups in Borneo and are widely used in local handicraft. Beads, along with silver ornaments, also adorn many traditional costumes in both Sabah and Sarawak. 

In Sarawak the major bead-using communities include the Orang Ulu (the Kayan and Kenyah), the Lun Bawang, Kelabit, Iban, Bidayuh and Melanau. In Sabah, the Kadazan Dusun, Rungus and Murut also favour beads. 

There are many types of beads found locally. Indigenous beads include those made from animal teeth, tusks or bone, shell discs, and even small brass bells. However, beads made of glass and semi-precious stone were introduced via trade, mostly since the 16th century. These large ornamental beads and minute glass seed beads were generally of European origin, namely from Venice and Bohemia.

However beads weren't merely ornamental. They had myriad uses: as a medium of exchange or currency, for ritual use, as dowry, personal adornment, for crafts, and even as funery goods. Traditionally beads and beaded objects also reflected one's social status and personal wealth. Many of the older, heirloom beads even had specific local names and value accorded to it. 

Today beadwork is still practiced locally, mainly by women artisans. Beads are strung, threaded, stitched or even 'woven' to embellish various articles of clothing and objects. These include accessories (necklaces, belts and girdles), headgear (hats, headbands and sunhats), women's clothing (skirts and beaded collars), men's clothing (coats and seat mats), and everyday objects (baby carriers, baskets and containers).

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Rebana Ubi (Big drum)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Alat paluan bersaiz besar ini biasanya dimainkan dalam kumpulan yang mengandungi enam rebana. Kemahiran dan kesabaran yang tinggi diperlukan semasa memahat dan menebuk bongkah kayu yang akan dijadikan badan rebana. Kulit kerbau yang telah diproses diregang dan dijalin di atas permukaan rebana untuk menghasilkan irama rebana yang kuat dan padu. 

This big sized drum is normally played in groups comprising of six players to a team. A high degree of skill and patience is required on the part of the artisans in boring a piece of timber and turning it into the body of a drum. Treated buffalo leather is stretched across the surface of the rebana enabling the creation of a loud, solid and rhythmic sound.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Serunai (Clarinet)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Alat tiupan ini adalah pelengkap utama dalam kumpulan muzik tradisional. Panjang badan serunai adalah di antara 12 - 18 inci dan mengandungi tujuh lubang petik di atas dan satu lubang jerit di bawah. Keindahannya bukan sahaja pada bunyi tapi juga pada badannya yang dihiasi dengan pelbagai motif.

This blowing musical instrument is a major component in any traditional musical group. The length of   a clarinet is about 12 to 18 inches and it contain seven holes at the top and a hole at the bottom, The beauty lies not only on the sound it produces but also on its body which is embellished with various motifs.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Capal  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Capal berasal dari perkataan ‘capali’ yang berasal dari India dan bermaksud alas kaki tradisional. Capal dipakai oleh semua golongan masyarakat di negara ini sebelum kedatangan pelbagai fesyen kasut. Kini, capal banyak dipakai oleh lelaki Melayu dan turut menjadi alas kaki kegemaran masyarakat di negara ini. Alas kaki tradisional ini diperbuat daripada getah, kulit atau kulit tiruan (PVC). Kebiasaannya, capal dipakai semasa sambutan Hari Raya dan dalam majlis perkahwinan. 

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Wau Kucing  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :



Wau Kucing merupakan salah satu daripda tiga wau rasmi kebangsaan. Wau ini begitu sinonim dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerna kewujudannya diiktiraf oleh syarikat penerbangan tersebut dan dijadikan lambang korporat mereka. Wau kucing berasal dari negeri Kelantan pada sekitar tahun 1967. Pada waktu itu pelayang-pelayang dari negeri lain tidak mengenali apatah lagi untuk membuat wau tersebut melainkan palayang-pelayang di negeri Kelantan sahaja yang tahu cara membuatnya.

Melalui festival peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada waktu itu dan juga inisiatif dari pelayang-pelayang dari negeri untuk mempelajari membuatnya. Akhirnya wau ini semakin dikenali di seluruh negara dan akhirnya dijadikan wau rasmi kebangsaan.

Seperti juga kebanyakkan wau, nama wau kucing wujud daripada rekabentuk ekornya yang menyerupai wajah seekor kucing apabila diterbalikkan ke atas. Apabila diterbangkan, busur yang terdapat dikepala wau ini akan mengeluarkan bunyi yang agak nyaring seperti suara kucing. Ianya terjadi disebabkan saiz tali busur tersebut yang agak halus dan nipis. Di permukaan wau ini juga terdapat ukiran sobek dari pelbagai motif bunga dan daun mengikut citarasa pembuatnya.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Wau Dodo Helang  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Wau Dodo Helang merupakan wau rasmi bagi negeri Terengganu. Wau ini mempunyai persamaan dengan dua buah wau dari negeri lain iaitu Wau Puyuh dari Kelantan dan Wau Helang dari negeri Perlis. Nama Wau Dodo Helang dikatakan berpunca dari bunyi yang dihasilkan oleh busur wau tersebut iaitu “dooo……dooo…”.

Bahagian hujung sayap Wau Dodo Helang ini lebih mirip rekabentuk sayap wau puyuh manakala rekabentuk bahagian ekornya menyerupai Wau Helang Perlis. Di bahagian kepala wau ini terdapat sebatang rotan yang dihiasi menyerupai kepala burung helang dan di bahagian ekornya ditambah dengan kain yang agak panjang dan kain yang biasa digunakan ialah kain batik lukisan tangan. Motif Wau Dodo Helang ini sering dijadikan corak pada kain pemain-pemain wau di negeri Terengganu. Jenis ukiran sobek yang biasa digunakan pada badan wau ini biasanya bermotifkan corak yang biasa terdapat pada perahu, masjid dan rumah-rumah yang terdapat di negeri tersebut. 

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Wau Bulan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Wau Bulan merupakan wau rasmi kebangsaan. Ianya mendapat nama bersempena dari rekabentuk ekornya yang berbentuk seperti bulan sabit. Sebelum dijadikan wau rasmi kebangsaan, Wau Bulan lebih dikenali dan dimainkan di negeri Kelantan.

Sejarah kewujudan Wau Bulan dikatakan bermula sejak empayar Sriwijaya yang mana telah disebutkan dalam satu kisah penaklukan oleh pemerintah kerajaan tersebut iaitu Dewa Muda. Sebelum beliau pergi berperang bagi meluaskan jajahan takluk kerajaannya, beliau terlebih dahulu melakukan pertapaan bagi mendapatkan alamat daerah yang sesuai untuk ditaklukinya. Setelah selesai melakukan pertapaan di dalam sebuah gua, beliau telah keluar dengan membawa sesuatu yang menyerupai rangka wau bulan yang dipercayai sebagai bentuk simbolik kepada peta wilayah jajahannya. Apabila pulang daripada berperang, Dewa Muda akan memainkan Wau Bulan untuk dipertontonkan kepada rakyat jelata dan dibahagian dada Wau tersebut juga corak berbentuk kuntuman bunga. Setiap kali selesai berperang, biasanya kuntuman bunga tersebut akan bertambah menambahkan jumlah wilayah baru yang berjaya ditakluki oleh Dewa Muda dan bala tenteranya. Kewujudan Wau Bulan ini juga dikaitkan dengan beberapa lagi mitos seperti peristiwa Dewa Muda naik ke kayangan dengan menggunakan Wau Bulan Emas dan juga rekabentuk Wau Bulan yang asal dikatakan merujuk kepada bahagian anggota badan manusia di zaman dahulu yang mana bahagian kepala dan tengkuk mewakili bahagian atas wau, dada dan pinggang pula mewakili bahagian bawah wau.

Wau Bulan yang dimainkan pada hari ini telah mengalami perubahan berbanding dengan rekabentuk Wau Bulan yang asal iaitu agak lonjong sedikit di bahagian sayap dan ekor berbanding dengan yang asal iaitu berbentuk agak bulat. Busur yang dipasang pada bahagian kepala wau ini akan mengeluarkan bunyi yang agak garau apabila diterbangkan ke udara. Pembuat-pembuat wau tradisi sentiasa melakukan sesuatu untuk menjadikan wau ini kelihatan lebih menarik. Dibahagian permukaannya telah dihias dengan corak daun dan bunga-bungaan yang disobek dan ditampal dengan pelbagai kertas warna yang menarik. Dibahagian tengah kiri dan kanan sayap wau ini terdapat ruangan kosong yang dikenali sebagai kijang emas, kijang kencana.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Rantai Manik / Bead Necklace  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Manik daripada pelbagai bentuk dan wara dirangkaikan berselang seli dengan taring-taring binatang untuk dijadikan rantai. Biasanya dipakai oleh suku kaum Iban.

Different shape and colored beads are joined together alternately with animal fangs to form the necklace. it is commonly worn by the Iban tribe.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Wau / Kite  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Permainan wau atau layang-layang sangat digemari oleh orang-orang Melayu sekurang-kurangnya sejak 5 abad yag lalu. Sekarang wau masih dimainkan oelh orang ramai di beberapa kawasan terutamanya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terutamanya pada musim selepas menuai padi. Wau, selain daripada dimainkan untuk hiburan, iaya juga dimaikan untuk pertandingan. perkara-perkara yang selalu diperhatikan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Rebana Besar  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Rebana besar mempunyai garis pusat 1 meter, ketinggian melebihi 1 meter dan berat mencecah hampir 100kg. Rebana besar mempunyai 15 pasak yang megawal bunyi. Saiz dan bentuk lubang turut mempengaruhi bunyi paluan.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Serunai  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Serunai yang kebiasaanya antara 12 hingga 18 inci panjang diperbuat dari batang nangka. Serunai dibahagikan kepala, badan dan pipit. Kesemuanya terdapat 8 lubang, 7 di atas dan 1 di bawah.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Nobat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Nobat merupakan muzik istana klasik di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu. Amalan ini berfungsi mengiringi keramaian diraja seperti istiadat pertabalan dan menjelang waktu sembayang.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Shadow Play / Wayang Kulit  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

The shadow theatre or 'wayang kulit' kelantan is based on the thai version of the Seri Rama legend, extracted from the Ramayana bible in addition to the local lores and legends. The puppets are all in profile with movable front arm. the shadow theatre musical ensembles are all dominated by percussion with a solitary aerophone.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Wayang Kulit  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Wayang Kulit merupakan persembahan patung-patung kulit yang digerakkan oleh Tok Dalang diantara sinar cahaya berlatarkan layar putih. Unsur-unsur teater, muzik, lagu dan sastera yang terkandung dalam pementasan wayang kulit bersatu dan adat tradisi lama.

Teater tradisional ini bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan, malah terdapat juga di negeri Kelantan, malah terdapat juga di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Kedah, Perlis dan Johor.

Empat jenis wayang kulit yang masih kekal hingga ke hari ini ialah Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Purwa dan Wayang Kulit Gedek.

Wayang kulit di kenali sebagai salah satu media hiburan tradisional rakyat atau dengan kata lain....sejenis penglipur lara. Kebiasaannya, di kampung-kampung, permainan wayang kulit telah dijadikan sebagai salah satu media promosi untuk menarik kunjungan para pelawat dari dalam dan luar negeri.

Wayang Kulit merupakan merupakan alat perhubungan masyarakat di zaman silam. Ia bukan sekadar satu warisan tradisi yang mengandungi nilai-nilai seni dan pendidikan tetapi juga nilai pengetahuan yang tinggi dan amat berharga untuk dipelajari.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Anyaman Ribu-Ribu  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ribu-ribu (lygodium) yang tergolong dalam famili paku pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali dikalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas di zaman silam terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas tembakau, tali hidung kerbau atau lembu, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan bilahan buluh.Kini penggunaa ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan berbanding dengan negeri Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman ribu-ribu atau dikenali dengan panggilan Linagoh di Sabah masih diusahakan secara turun temurun oleh suku kaum Rungus terutama di daerah Kudat. Kini kemahiran ini telah mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu yang biasa digunakan oleh kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia