Ribu-ribu (lygodium) yang tergolong dalam famili paku pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali dikalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas di zaman silam terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas tembakau, tali hidung kerbau atau lembu, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan bilahan buluh.Kini penggunaa ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan berbanding dengan negeri Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman ribu-ribu atau dikenali dengan panggilan Linagoh di Sabah masih diusahakan secara turun temurun oleh suku kaum Rungus terutama di daerah Kudat. Kini kemahiran ini telah mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu yang biasa digunakan oleh kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, Oktober 10, 2012
di bawah kategori
Etnik Kraf
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan