Seramik (Kemasan Painting) / Ceramics (Finishes Painting)
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Seramik
Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013
Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013
Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013
Satu lagi khazanah seni
negara telah terbukti melalui pembuatan seramik yang terdapat di Seberang
Perai, Pulau Pinang. Kampong Alor Merah, Sungai Dua di Seberang Perai pada
suatu ketika dahulu terkenal dengan periuk dan belanga tanahnya. Tidak
diketahui bagaimana perusahaan seramik ini mula bertapak di Sungai Dua manakala
kesan sejarah mengenainya tidak dapat dikesan. Menurut pengamatan, hasil usaha
pembuat-pembuat seramik di Kampong Alor
Merah ini mempunyai sedikit persamaan dengan hasil seramik masyarakat India.
Tembikar Mambong agak berlainan
dari tembikar lain kerana ianya berkilauan disebabkan tanah liat dicampur
dengan jenis bahan galian dalam kumpulan mika yang dikenali sebagai muskovit.
Seperti kebanyakan tembikar lain, tembikar Mambong mendapat nama dari tempat
ianya dibuat iaitu di Kampung Mambong yang terletak dalam jajahan Kuala Krai,
Kelantan. Untuk ke Kampung Mambong mengambil masa selama 45 minit dari jeti
Kuala Krai dengan menaiki bot.
The usage of ceramics as daily utensils began since the Neolithic or New Stone Age. Clay was kneaded and moulded into various forms as desired or needed. The accumulated skills of the local ceramic makers gave birth to several forms of ceramics including styles of vases such as the Sayong, Mambong, Terenang, Iban, Kuron and many other vase types. To add value to such ceramic products, the surfaces of the ceramic items were decorated with organic and geometric motifs. Local flowers such as the bunga tanjung, bunga padi, bunga kedudut, bunga cengkih and siku keluang are among the popular motifs that frequently decorate traditional ceramic containers.
Masyarakat Bajau Semporna bukan sahaja mahir dengan warisan kraf lepa-lepa malahan mereka juga mewarisi kemahiran membuat kraf tembikar seperti dapur tanah yang dipanggil lapohan. Selain itu, mereka juga berkemahiran membuat barangan tembikar lain seperti periuk, bekas air, belangan (lupo') dan bekas perasap (tuntungan).
Masyarakat Kelambit yang tinggal di Tanah Tinggi Bario dan masyarat Lun Bawang yang tinggal di Lawas dan Bakelalan turut mempunyai kemahiran membuat tembikar tradisional. Dua jenis tembikar yang diusahakan iaitu kudin dan tuning.
Nuan atau pasu Iban adalah tembikar tradisional yang diusahakan oleh masyarakat Iban di Sarawak. Proses pembuatan nuan mempunyai persamaan dengan cara pembuatan tembikar di Semenanjung. Nuan menjadi peralatan utama semasa sambutan hari perayaan, upacara pemujaan dan adat istiadat termasuk semasa pengebumian. Selain daripada itu tembikar Iban turut dijadikan sebagai bekas untuk mewarna benang yang digunakan dalam tenunan kain pua atau pua kumbu.Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Kampug Alor Merah, Sungai Dua di Seberang Perai, Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat perusahaan tembikar. Walaupun asal-usul pembuatannya tidak dapat dikesan, namun perusahaan tembikar di sini berkembang pesat. Dipercayai periuk dan belanga yang dihasilkan oleh pembuat tembikar di daerah ini mempunyai persamaan dengan hasil tembikar yang diusahakan oleh masyarakat India.