Wau Kucing merupakan salah satu
daripda tiga wau rasmi kebangsaan. Wau ini begitu sinonim dengan Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) kerna kewujudannya diiktiraf oleh syarikat
penerbangan tersebut dan dijadikan lambang korporat mereka. Wau kucing berasal
dari negeri Kelantan pada sekitar tahun 1967. Pada waktu itu pelayang-pelayang
dari negeri lain tidak mengenali apatah lagi untuk membuat wau tersebut
melainkan palayang-pelayang di negeri Kelantan sahaja yang tahu cara
membuatnya.
Melalui
festival peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada waktu itu dan juga
inisiatif dari pelayang-pelayang dari negeri untuk mempelajari membuatnya.
Akhirnya wau ini semakin dikenali di seluruh negara dan akhirnya dijadikan wau
rasmi kebangsaan.
Seperti
juga kebanyakkan wau, nama wau kucing wujud daripada rekabentuk ekornya yang
menyerupai wajah seekor kucing apabila diterbalikkan ke atas. Apabila
diterbangkan, busur yang terdapat dikepala wau ini akan mengeluarkan bunyi yang
agak nyaring seperti suara kucing. Ianya terjadi disebabkan saiz tali busur
tersebut yang agak halus dan nipis. Di permukaan wau ini juga terdapat ukiran
sobek dari pelbagai motif bunga dan daun mengikut citarasa pembuatnya.
Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Khamis
, Khamis, Disember 27, 2012
di bawah kategori
Etnik Kraf
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan