Wau Dodo Helang
merupakan wau rasmi bagi negeri Terengganu. Wau ini mempunyai persamaan dengan
dua buah wau dari negeri lain iaitu Wau Puyuh dari Kelantan dan Wau Helang dari
negeri Perlis. Nama Wau Dodo Helang dikatakan berpunca dari bunyi yang dihasilkan
oleh busur wau tersebut iaitu “dooo……dooo…”.
Bahagian hujung
sayap Wau Dodo Helang ini lebih mirip rekabentuk sayap wau puyuh manakala
rekabentuk bahagian ekornya menyerupai Wau Helang Perlis. Di bahagian kepala
wau ini terdapat sebatang rotan yang dihiasi menyerupai kepala burung helang
dan di bahagian ekornya ditambah dengan kain yang agak panjang dan kain yang
biasa digunakan ialah kain batik lukisan tangan. Motif Wau Dodo Helang ini
sering dijadikan corak pada kain pemain-pemain wau di negeri Terengganu. Jenis
ukiran sobek yang biasa digunakan pada badan wau ini biasanya bermotifkan corak
yang biasa terdapat pada perahu, masjid dan rumah-rumah yang terdapat di negeri
tersebut.
Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia
Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Khamis
, Khamis, Disember 27, 2012
di bawah kategori
Etnik Kraf
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan