Wayang Kulit  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Wayang Kulit merupakan persembahan patung-patung kulit yang digerakkan oleh Tok Dalang diantara sinar cahaya berlatarkan layar putih. Unsur-unsur teater, muzik, lagu dan sastera yang terkandung dalam pementasan wayang kulit bersatu dan adat tradisi lama.

Teater tradisional ini bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan, malah terdapat juga di negeri Kelantan, malah terdapat juga di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Kedah, Perlis dan Johor.

Empat jenis wayang kulit yang masih kekal hingga ke hari ini ialah Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Purwa dan Wayang Kulit Gedek.

Wayang kulit di kenali sebagai salah satu media hiburan tradisional rakyat atau dengan kata lain....sejenis penglipur lara. Kebiasaannya, di kampung-kampung, permainan wayang kulit telah dijadikan sebagai salah satu media promosi untuk menarik kunjungan para pelawat dari dalam dan luar negeri.

Wayang Kulit merupakan merupakan alat perhubungan masyarakat di zaman silam. Ia bukan sekadar satu warisan tradisi yang mengandungi nilai-nilai seni dan pendidikan tetapi juga nilai pengetahuan yang tinggi dan amat berharga untuk dipelajari.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Oktober 11, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan