Memaparkan catatan dengan label Tekstil. Papar semua catatan

Tenunan Rungus / Rungus Woven  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah yang masih mengusahakan tenunan tradisional kain Rungus. Motif tenunan Rungus diadaptasidaripada bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan. Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisonal mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat.

Rungus is one of the tribes in Sabah and they lived in Kudat district. Hand woven Rungus cloth were woven by the Rungus women. The motifs for the tradisional hand woven cloth derived from nature such as animals, humans, weapons and plants. Black, red and white amongst the dominant color in Rungus tribes choose black because they believed black is a symbol of divine power which can protect the wearer from evil-the evil spirits.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Tenunan Dastar / Dastar Textiles  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tenunan asli negeri Sabah merupakan warisan dari zaman Dong-son. Pada hari ini kaum Bajau Irranum dan Dusun merupakan pelopor kepada tenunan dastar yang juga dikenali sebagai kain tubau. Kain tenunan dastar digunakan oleh kaum lelaki Bajau sebagai tanjak (pudong) yang dipakai untuk menghadiri sesuatu upacara kebesaran, perayaan atau majlis perkahwinan.

The Bajau, Irranun and Dusun peoples of Sabah in northern Borneo weave a unique supplementary weft textiles known as Dastar. In the local dialect, these textile known as kain tubau. Such dastar squares are shaped into pudong (a head-dress) to be worn by Bajau men for celebrations and wedding.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Tenunan Pua Sungkit / Woven Pua Sungkit  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pua Sungkit sama seperti pua kumbu (ikat) ditenun menggunakan alat tenun sandang belakang. Perbezaan di antara pua sungkit dengan pua kumbu adalah pada proses menghasilkan reka corak tenunan. Reka corak pua sungkit dibuat semasa proses menenun dilakukan. Manakala motif pua kumbu disediakan terlebih dahulu sebelum proses menenun dilakukan. Motif-motif yang ditenun pada pua sungkit mempunyai kisah atau sejarahnya yang tersendiri dan hanya diketahui oleh penunnya sahaja.

Pua Sungkit like Pua Ikat (Kebat) is made on a back strap loom but is a supplementary weft weaving like a Pua Karap. The design is determine during the weaving process whereas in Pua Ikat the design is made on the warp then woven on a plain weft. The motifs woven into the central part of the pua are unique to the weaver, they elude contemporary interpretation ad have to be left as secrets of history.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Tenunan Pua Kumbu / Woven Pua Kumbu  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tenunan Kain Pua dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan "Kek Iban" (kek sandang belakang). Pua Kumbu pula porpular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Reka corak yang biasa digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 sm.

Pua cloth woven fabrics known as ikat weavig is the art produced by women in the Iban of Sarawak. It  is the result of weaving of cotton yam is woven using Iban Loom (back strap loom). Pua kumbu also is one kind of cloth pua popular among the people of Sarawak. Woven is reddish or dark brown. Pattern that commonly used is the key, lengkar, rhombus, or diamond stones and long pua cloth is about 40 to 50 cm

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Tekat Gubah / Couched Embroidery  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni tekatan termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekatan juga disebut sebagai suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Ragam hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Di Perak, seni tekat ini pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana.

Embroidery is a form of needlework using gold threads onto the basic velvet. This embroidery is also known as raised spine embroidery but is often related to silk thread embroidery. Whether it is embroidered, raised or using appliques, it is all the same from the cloth's surface because it is filled with pith. In Perak, raised relief embroidery was monopolised by the royal family.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Blok Batik / Stamped (Block) Batik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Batik Blok atau dikenali juga sebagai batik terap adalah di antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara ini. Blok atau penerap yang asal diperbuat daripada sebongkah kayu diukir dengan motif yang bersesuaian menggunakan teknik ukiran timbul. Blok atau sarang bunga ini kemudiannya digunakan untuk menerap atau mengecap ragam hias di atas permukaan kain. Penggunaan blok kayu semakin berkurangan apabila pembuat blok batik lebih selesa menggunakan kepingan logam untuk membuat blok. Kepingan logam seperti tembaga atau zink lebih mudah dibentuk dan dapat menghasilkan sarang bunga yang lebih halus dan menarik.

This is amongst the earliest better-known batik forms in Malaysia. Pieces of wooden blocks with embossed patterns are stamped by hand on the fabric using natural based block pigment. This early technique is also known as block stamping or block printing. A carved stamping block is used to create the batik design. It's also known as a 'flower nest or block'. Previously the block is made from carved wood is made from carved wood with embossed pattern. Lately, the block is fashioned from metal (brass or sometimes zinc). The clarity and perfection of design is better with metal block.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Hari Kraf Kebangsaan 2013

Kain Sulaman Pis  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kain Sulaman Pis atau ‘Tinohian’ adalah sejenis kain yang berukuran lebih kurang satu meter persegi yang mempunyai dua belah atau bahagian yang disulam dengan motif yang berwarna warni. Kebiasaanya kain ini di lipat dan dipakai sebagai ikat kepala lelaki bagi suku Kaum Rungus. 

Ia merupakan sejenis kerja tangan sulaman suku kaum Binadan dari daerah Kudat. Ianya diusahakan oleh kaum wanita sebagai kerja sambilan dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. 

 Kain Sulaman Pis ini dibuat dengan menggunakan kain kapas sebagai kain latar yang kebiasaan warna hitam dan oren atau hitam dan merah, atau merah dan oren atau kuning dan oren. Ianya berukuran lebih kurang satu meter persegi. Kain ini ditegangkan diatas pemidang. 

Secara tradisi motif yang diperlukan dilukis diatas kertas terlebih dahulu. Kemudian kertas yang mempunyai motif ditebuk dengan jarum bagi mendapatkan lubang lubang halus. Kemudian kertas bermotif berkenaan diletakan diatas kain dan ditaburkan dengan bedak diatasnya. Kertas kemudianya di alihkan dan didapati garisan garisan motif terbentuk diatas kain. Garisan corak atau motif yang terdapat dikain berkenaan menjadi panduan untuk menyulam. 

Garisan corak atau motif dimulakan dari sudut ketepi dan terus kebahagian tengah kain, ini adalah untuk mempastikan corak atau motif berada dalam keadaan seimbang pada semua sudut. Apabila keseluruhan kain telah dilukis, kain sedia untuk disulam. Sulaman dibuat mengikut motif yang dihasilkan dan dibuat dari tepi ketengah. 

Apabila semuanya telah disulam ianya dicantumkan menjadikan ianya boleh digunakan kedua dua belah permukaan kain. Pada masa sekarang garisan motif dilukis menggunakan kertas karbon atau dilukis tangan dengan menggunakan pensil. Benang kapas berwarna terang digunakan sebagai bahan motif, biasanya tidak melebihi tujuh warna. 

Bagi menyiapkan satu helai kain ini ianya mengambil masa sehingga tiga bulan bergantung kepada motif, warna dan saiz yang dihasilkan. Kebanyakan Kain Sulaman Pis ini dihasilkan oleh suku kaum Binadan, salah satu kelompok etnik Sulu dan Bajau di sekitar Kudat.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Destar/Tengkolok (Destar/Tengkolok Men’s Headdress)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,


Destar atau tengkolok  antara hiasan kepala lelaki yang diwarisi sejak zaman berzaman.  Beraneka jenis lipatan digunakan  yang memberi variasi nama dan rupa bentuk tengkolok seperti Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga,  Gajah Berjuang, Ayam Patah Kepak, Helang Menyonsong Angin, Kelongsong Bunga  dan sebagainya. Setiap lipatan pada tengkolok atau destar mengungkap falsafahnya yang tersendiri.

The Destar or Tengkolok are among men’s headdresses that have been inherited since time immemorial.  Innumerable types of foldings are known, each with varying shapes and names such as Dendam Tak Sudah (Endless Longing), Sarang Kerengga (Fire-ants Nest), Gajah Berjuang (Battling Elephants), Ayam Patah Kepak (Chicken with Broken Wings), Helang Menyonsong Angin (Eagle Racing Against the Wind)  Kelongsong Bunga (Flower Wrapper/Container) and so on. In fact, each folding of the Tengkolok or Destar has its own philosophy.   

Sumber : Pameran Perhiasan Kepala Pengantin, Muzium Kraf Kuala Lumpur


Tekatan (Embroidery)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Sulaman benang emas ke atas kain dasar dari jenis baldu dengan bermotifkan alam semulajadi mendapat kedudukan yang tinggi di istana suatu ketika dahulu. Pucuk paku dan bunga lawang antara motif yang sering digunakan.

Gold threads embroidered on velvet cloths with motifs of nature occupy an exalted position in the palaces of the olden days. Motifs often used such as pucuk paku (tendrils) and bunga lawang (anise flower).

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Traditional Hand-Calendering (Menggerus Kain)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Traditional hand-calendering or menggerus kain is a simple but labour intensive process used to impart a glossy or ‘watered’ finish to cloth. As a finishing process for hand loomed textiles, it was once commonly practiced in weaving centers across the East Coast of Peninsula Malaysia, especially in the state of Pahang. Similar techniques are also found in Celebes, Indonesia.

The equipment used is simple: a papan gerus or calendering board (a horizontal beam with a shallow central groove), the joran (a pliable and moveable stake to which the cowrie shell is attached), a large cowrie shell (siput gerus) and beeswax.

The cloth, which is to be calendered, must first be starched prior to waxing (for the gerus masak method), or can be rubbed directly with beeswax (the gerus mentah). The waxed cloth is then laid across the calendering board, which had been rubbed with resin to provide better adhesion.

The cowrie shell is then rubbed back and forth within the grooved beam; only a small section is calendered at a time. Calendering smoothens the wax coating, ‘compresses’ the cloth and gives it a smooth, glossy finish.

Hand calendering of the gerus masak method is reserved for songket squares used in a tanjak, a Malay man's headdress. The gerus mentah technique is more versatile and can be used on various traditional textiles or garments including those made of songket, batik or Pahang handloom textiles. Telepuk (gilded cloth) also relies on the availability of calendered textiles. Unfortunately hand-calendering is now rarely practised.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Sejarah Batik (History Batik)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sejarah menunjukkan batik bermula di rantau ini sejak abad ke-12 Masihi. Di Terengganu proses membuat batik khusus dengan menggunakan lilin berlukis bermula pada 1913 dan di Kelantan, tempat asal batik bermula di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Batik sutera saring dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan. Teknik penggunaannya dipercayai dibawa masuk dari negeri Siam pada awal tahun 1900an. Walau bagaimanapun teknik mencelup dipercayai dimulakan oleh orang-orang Mesir dan Peru purba. Hingga kini, Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar batik terkemuka.

Based from history facts, batik started in the 12th century in this region. In Terengganu the process of producing batik using wax drawing was believed to have started in 1913. The birth place of Kelantan’s batik is at Lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Silkscreen printing of batik is believed to be pioneered by a group of Kelantanese batik makers. This technique was imported from Siam in the early 1900s. However the immersing technique was believed begun by the ancient Egyptians and Peruvians. To date, Malaysia has emerged as a prominent batik producing country.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Kain Pelangi (Tie-Dye Textiles)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kain pelangi di antara kain warisan yang turut mewarnai kemahiran tangan masyarakat tradisi. Dipercayai kain pelangi menerima pengaruh langsung dari India yang membawa masuk kain cindai (patola) dan bandhana yang juga menggunakan teknik ikat dalam menghasilkan ragam hiasnya. 

Kain pelangi mula diusahakan di Negeri Terengganu semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808). Puan Minah Pelangi merupakan salah seorang tukang tenun istana telah menghasilkan kain yang berwarna warni dengan menggunakan teknik ikat celup yang kemudiannya dikenali sebagai teknik pelangi. 

Kain putih diikat (teknik pelangi) dan disembat (teknik tritik) mengikut reka corak yang diperlukan dan kemudian kain dicelup ke dalam bahan pewarna. Proses mengikat dan mewarna ini dilakukan berulang kali. Bahagian yang diikat dan disembat adalah kalis air dan akan menghasilkan ragam hias pelangi yang unik dan menarik antaranya bentuk geometrik seperti bintang, bulatan serta segitiga yang diolah dengan unsur tumbuhan dan kerawang. 

Oleh kerana reka letak pada ragam hiasnya menyerupai reka letak kain batik, kain pelangi turut dikategorikan sebagai batik walaupun proses pengeluarannya tidak menggunakan lilin. 

Dahulu kain pelangi digunakan sebagai kain sarung, kain tutup dada (kemban) dan selendang wanita serta inang pengasuh di istana. Seni kemahiran ini semakin dilupakan, namun demikian karyawan seni masih menerapkan teknik pelangi terutama pada rekaan pakaian. 

Kain Pelangi or tie-dye textiles one of the glorious heritage textiles may have been influenced to some degree by Indian trade textiles, namely the patola (a double ikat) and bandhana (tie-dye).

Kain pelangi or tie-dyed cloth was first produced in the state of Terengganu during the reign of Sultan Zainal Abidin II (1793 - 1808). A royal weaver named Minah Pelangi had produced these colourful cloths using the tie-dye method. 

Two main techniques were used to pattern plain white cloth: by tying resists (pelangi) or by stitching and gathering (tritik), both done prior to immersing the cloth in a dye bath. Dye cannot penetrate the waterproof resists and gathers, thus creating white patterns. This process is repeated for each colour, with details and highlights added later by dye painting. 

Though these colourful cloth are sometimes referred to as batik pelangi, the superficial resemblance is misleading as kain pelangi does not utilise wax as a resist. Common motifs featured include geometric shapes such as stars, circles and triangles, and organic forms including various plants and kerawang arabesques. 

Kain pelangi was once for the sole use of noblewomen and their ladies-in-waiting. It was fashioned into tubular sarongs, kemban (chest wraps) and shoulder cloths. Today, traditional tie-dye is no longer produced commercially. However some artisans have begun producing contemporary tie-dye, especially for leisurewear.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Tenun Asli Sabah - Dastar (Sabah Handloom Textile - Dastar)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tenunan dastar merupakan tenunan Sabah yang terkenal yang dihasilkan oleh suku Iranun di daerah Kota Belud, Kudat dan Samporna. Tenunan dastar biasanya digunakan oleh kaum lelaki Bajau sebagai tanjak (tengkolok) dan dipakai semasa upacara kebesaran atau majlis perkahwinan. 

Tenunan dastar is a famous handloom textile produced by the Irranuns from Kota Belud, Kudat and Semporna. Dastar handloom textiles are normally worn by the Bajau men as their headgear (tengkolok) during grand ceremonies or wedding celebrations.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Sulaman Keringkam (Keringkam Embroidery)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sulaman keringkam antara kemahiran menghias kain yang amat sinonim dengan masyarakat Melayu terutamanya di Sarawak. Hiasan ini telah mewarnai busana pakaian tradisional Melayu Sarawak khususnya di kalangan bangsawan Melayu. 

Keringkam embroidery is one of the arts of decorating textile which is synonymous with the Malay community especially in Sarawak. The textile has played a prominent role in the decoration of Malay traditional costumes. A long time ago, it was popular among the Malay nobles.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Tenun Pahang (Pahang Handloom Textile)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kepermaian Tenunan Pahang pernah menjadi pelengkap busana golongan istana dan orang bangsawan suatu ketika dahulu. Antara corak-corak yang menghiasi tenunan ini ialah corak Pahang, Muar, Bugis, anak lebah, batang pinang, jalur melintang dan menegak. 

The beauty of Pahang handloom textile is the reason it complements the costumes of members of the royalty and the nobles a long time ago. Some of the patterns gracing the textile are Pahang, Muar, Bugis, batang pinang (stem of betel nut palm) motifs and vertical and horizontal designs.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Kain Gerus (Calendering Cloth)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Gerus adalah teknik penjagaan kain tenun, songket atau batik secara tradisional supaya tahan lama dan kelihatan menarik. Gabungan kemahiran penggerus dan penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti siput, tepung ubi dan sebagainya menghasilkan kain yang berkilat dan bersinar. 

Gerus (calendered) is a traditional technique in the preservation of handloom textile to render them attractive and well preserved. The combination of the artisan’s artistic skill and the utilization of natural materials such as sea-shells and tapioca flour have created a lustrous and glossy textile.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Tenunan Sabah - Rungus (Sabah Handloom Textile - Rungus)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tenunan warisan Rungus memaparkan keunikan motif dan kemahiran menenun yang mempunyai hubungkait dengan alam sekitar seperti flora dan fauna. Pakaian tradisi ini melambangkan peradapan masyarakat Rungus. 

The handloom textile heritage of the Rungus exhibited a fine workmanship as well as motifs which are closely related to nature such as flora and fauna. Clothes made from this textile symbolize the culture of the Rungus community.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Tenunan Songket (Songket Handloom)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang pada suatu masa dahulu.

Songket symbolizes the exquisite beauty of Malay handloom art inherited through generations. The skill and creativity of the artisans is reflected in the creation of patterns as well as the beautiful and charming handloom products. Motifs and colours found on songket textile in the olden days denote the status.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Blok Batik (Batik Block)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Blok batik yang diperbuat dari kayu merupakan nadi perusahaan batik blok suatu masa dahulu. Unsur flora seperti pucuk rebung, tampuk manggis dan bunga cempaka menterjemahkan daya kreativiti dan kepakaran pengukirnya. 

A certain time long ago batik blocks made from wood were once the pulse of the batik industry. Floral based motifs such as bamboo shoots, mangosteen calyx fruit and cempaka (mechilia) flowers were transformed by the creativity and sensitivity of the artisans into blocks for producing batik.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Songket Sarawak (Sarawak Songket)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tenunan Songket Sarawak yang halus buatannya dihiasi dengan motif flora seperti paku pakis, tampuk manggis dan daun cermai merupakan hasil kerja tangan yang amat tinggi nilainya. Kemahiran dan ketekunan penenunnya adalah penentu kepada hasilan songket yang berkualiti. 

The beautiful Sarawak songket, decorated with floral motifs such as tendrils, floral butt of mangosteen calyx and the leaves of cermai (Cica acida) plant are craft products of excellent quality. Skill and diligence on the part of the artisans are the main factors in ensuring quality of songket.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia