Memaparkan catatan dengan label Broshur / Pameran / Promosi. Papar semua catatan

Diorama Penanaman Padi / Paddy Planting Diorama  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan atau tengkujuh. Para petani akan memulakan kerja sawah dengan menyediakan tapak-tapak semaian dan petak-petak sawah. Keadaan tanah yang lembut dan ditakungi air memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penyemaian benih padi.

Peralatan seperti tajak, sisir, cangkul dan sabit diguakan untuk membersih dan membentuk batas serta petak sawah, manakala tanah digembur dan dibalik-balikkan supaya menjadi lebih halus dan rata menggunakan tenggala, bajak, sisir dan tenggiling. Peralatan tradisioal ini pada awalnya menggunakan kudrat dan tenaga tulang empat kerat si petani tetapi lama kelamaan beralih kepada penggunaan tenaga binatang ternakan seperti kerbau dan lembu untuk memudahkan lagi kerja-kerja membajak dan menyisir tanah sawah.

Para petani juga perlu memastikan petak-petak sawah mereka ditakungi air, hujan secukupnya sebagai penyediaan semaian dan penanaman padi. Selepas kira-kira 30 hari hingga ke 50 hari, anak-anak semaian yang subur akan dipindahkan ke petak-petak sawah. Anak-anak padi ini ditanam dengan menggunakan tangan atau menggunakan sejenis alat yang dinamakan kuku kambing. Penanaman padi ini biasanya dilakukan oleh kaum wanita secara bergotong royong.

The traditional farmers began their planting activities during the rainy or monsoon season, The farmers would start by preparing the fields and seedling beds. The soft soil flooded by rainfall made clearing and preparation of seedling beds and paddy fields easier.

Equipments such as hoe and scythe / sickle were used to clear and shaped the bunds and paddy fields, while the soil were soften and smoothen with the help of tools such as plough, hoe and tenggiling. These traditional tools were earlier manned by humans but later on cows and water buffaloes were use to plough and smoothen the fields.

The farmers must also ensure that the paddy fields were adequately flooded with rain water when preparing the seedlings beds and also for paddy planting. After 30 to 50 days, the good and healthy seedlings were transplanted to the paddy fields. These seedlings were sown by hands or by using a special tool called Kuku Kambing. Paddy planting was usually carried out by groups of village women.                                                                   

Keindahan Seni Ukiran Dalam Persenjataan Tradisional  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pameran Seni Ukiran Dalam Persenjataan Tradisional bermatlamatkan pendidikan serta pendedahan berterusan dalam memupuk kesedaran serta jati diri generasi muda mengenai pentingnya keindahan seni warisan tradisional. 

Pameran ini memberi kesempatan kepada para pengunjung mempelajari sejarah warisan seni ukiran halus tradisional melalui jenis-jenis teknik ukiran; jenis senjata tradisional; jenis teras kayu yang digunakan dalam ukiran; peralatan mengukir kayu; biodata tokoh warisan dalam seni ukiran itu sendiri seperti Tokoh Kraf Negara; Adiguru Kraf Pandai Besi serta Adiguru Kraf Ukiran Halus serta Penggunaan Senjata dalam Adat dan Budaya.

The art of fine carvings in traditional weaponry is actually a dying art. And sadly so, it is so closely approximated to the Malay’s heritage and its cultural identity. 

Through this exhibition, the audience will have the inside look on how the artisan created their masterpieces through carving techniques; understanding and having knowledge on the right types of wood used in Malay woodcarvings; information on carpentry tools for woodwork carving; on the biography of National Master Craftsman; biography of Master Craftsperson for Fine Ironsmith Work and biography of Master Craftsperson for Fine Woodwork Carving.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Keris Pendek Diraja / The Royal Short Keris  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Keris Pendek Diraja diperbuat daripada mata keris lama. Hulu Pekaka diperbuat daripada gading, manakala sarungnya diperbuat daripada emas melambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong. Keris ini hanya digunakan atau dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sahaja.

The 'Keris Pendek Diraja' or the royal Short Keris was forged from older blades of the keris. The hilt is called Hulu Pekaka was made from ivory and the gold-decorated sheath portray the sovereignty of His Majesty the Yang Dipertuan Agong. This legendary keris can only be carried or won by His Majesty the Ynag Dipertuan Agong.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur


Keris Pajang Diraja  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Keris Pajang Diraja (Keris Kerajaan) merupakan lambang kebesaran dan kekuasaan. Bahagian hulu dan sarung keris bersalut emas, manakala di atas sampirya diukir lambang Kerajaan Malaysia. Matanya ditempa daripada besi waja yang diperoleh daripada sebelas bilah keris negeri-negeri Melayu. Hulu keris berbentuk tapak kuda dihiasi dengan motif buah jering (Archidedron Jiringa). Keris ini diguakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sahaja terutama pada hari pertabalan baginda.

The 'Keris Pajang Raja-Raja' (The Keris of the Goverment) symbolizing power and authority. The hilt and the sheath of the keris are with gold. The crossplece of the keris is engraved with the crest o the Malaysia Government  The blade was forged from steel taken from eleven kerises from the eleven states. The hilt of the keris is i the foarm of a horse's hoof with decorations resembling the 'jering' (Archidedron Jiringa) fruit. This keris is worn by His Majesty the Yang Dipertuan Agong especially during his installation day.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Kertas Pasir / Sand Paper  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kertas Pasir mempunyai kekesatan yang berbeza-beza seperti halus, sederhaa dan kasar yang digunakan untuk melicin dan menghaluskan permukaan kayu.

Sand Paper is used as the first step to finishing any woodworking project and the process is known as sanding. Its function is to smooth the surface, removing smaller imperfections and marks of the carving pieces.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Kikir  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Kikir ialah alat ukir batu bermata keluli yang bergeriji halus pada permukaan da tepinya. Kikir diguaka untuk merata dan mengikis ukiran selain melicinkan bekas potaongan gergaji.

File is actually a unique tool made up of metal blade whose sharp striated surface allows for piece of wood, metal or plastic to be smoothed, altered or burnished.


Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Pahat Rata / Woodworking Chizel  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,


Pahat ialah alat ukir yang dibuat daripada besi yang sebelah hujungnya sendeng atau pipih tajam bagi tujuan menebuk atau mengukir kayu.

Woodworking Chisel is a cutting tool, used to shape wood. It is important for making mortice and tenon joints, a key component in early building and cabinet making. There are many kinds of chisels for use with wood. Woodworking chisels have a beveled cutting edge.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Pisau Wali / Chisel Knife  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Pisau Wali atau Pisau Ukir adalah sejenis pisau khas yang bermata tajam digunakan untuk mengukir, khususnya ukiran bersilat. Ia sama sekali tidak boleh dipahat. Ia juga diguakan utuk membuat kemasan akhir dan membuat urat ukiran.

Chisel Knife is actually a very sharp edge knife used to for fie work and making intricate carving it is also used to defined a smoother line and making intricate motifs on the finishing piece.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Gergaji / Saw  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Gergaji ialah bilah besi yang mempunyai banyak mata tajam yang digunakan untuk memotong dan membentuk lingkungan. Terdapat juga gergaji yag digunakan untuk kerja-kerja menebuk seperti gergaji sengat pari.

Saw is a woodworking tool consisting of a straight row of saw blades used to cut or making curve of wood pieces. A special saw used to cut a hole during carving known as gergaji sengat pari is actually a unique carpentry tool combining the functions of a saw and a file.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Cetar / Adze  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Cetar atau beliung kacil, bagi membentuk atau menarah papan kayu untuk dijadikan papan asas ukiran sebelum diukir. Fungsi cetar sebenarnya lebih kepada penggunaan sebilah kapak tetapi dengan mata tajamnya dalam keadaan melintang.

A small carpenter adze is used in the process of wood carving. The function of this tool is quite similar to a small axe. It is used for smoothing or carving rough-cut wood in hand woodworking.


Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Kayu Angsana  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Kayu Angsana atau Sena (Pterocarpus Indicus) dengan teras kayunya berwarna jingga pekat, kadangkala jigga kemerahan. Adakalanya kayu ini diukir untuk dijadikan sarung keris atau sarung parang sahaja.

Angsana or Sena (Pterocarpus Indicus), a deep orange-gold hardwood, which sometimes used for making keris sheaths, but never keris hilts.


Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Kayu Rengas  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Kayu Rengas ytyt, turut dikenali sebagai Kayu Hantu. Teras kayu rengas agak menarik dengan warnanya yang kemerahan serta corak berjalur. Ia sesuai dijadikan perabot berkualiti tinggi, bahan binaan seperti tiang rumah, jambatan serta perahu. Kebanyakan tukang ukir senjata di Borneo cenderung menggunakan kayu rengas untuk dijadikan sarung parang.

Rengas (Gluta Rengas) also know as the ghost wood among the Chinese. The lustre of this hardwood is quite intriguing with stripey reddish colour. it is quite suitable to be made as high quality furniture. The blacksmiths in Borneo are quite prone to used Rengas as the sheath of their parangs.


Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur


Kayu Kemuning  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Kemuning atau kayu gading (Chinese myrtle, Muraya paiculata) dianggap sebagai 'raja segala kayu' bagi kebanyakan tukang ukir Melayu tradisional. Ia juga dianggap sebagai teras kayu yang mempunyai nilai 'semangat' yang tinggi. Kebanyakkan jenis kayu kemuning yang baik datangnya dari kawasan berbukit seperti di Bukit Jong, Batu Rakit, Terengganu. Bahagian perdu pokok Kemuning serta akar pokok ini dianggap paling bernilai berikutan corak warna serta ira kayunya yang jelas dan amat menarik. Warna kuning keemasan yang dimiliki kayu kemuning dianggap sebagai teras kayu paling berharga. Kayu kemuning selalunya diukir untuk dijadikan hulu serta sarung (sampir) keris. Antara kayu kemuning yang berharga adalah Kemuning Tahi Ayam dan Kemuning Emas.

Kemuning (Muraya paiculata), sometimes known as Chinese myrtle, a honey yellow hardwood endowed with a beautiful flame-like, luminescent grain running through it. Kemuning is also blessed with stripes as well as the quality of chatoyance or the ability to change its lustre. This is the king of woods for most Malay wood carvers of the tradisional school. It is highly prized in Malaysia, this wood is often used for sculptures and keris sheaths and handles (hilts).

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Senjata Orang Asli / The Aborrigines Weapons  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Senjata tradisional masyarakat Orang Asli banyak bergantung kepada sumber hutan di persekitaran seperti buluh dan kayu. Sumpitan menjadi senjata utama di samping lembing buluh, lembing besi, beliung, tombak, panah, serampang dan lain-lain. Kebanyakkan senjata ini digunakan berburu, selain turut digunakan untuk keselamatan dan pertahanan diri. kebanyakkan senjata ini boleh digunakan secara jarak jauh misalnya sumpitan, lembing dan panah bertujuan untuk mendapatkan binatang tangkapan seperti tupai, burung rusa, ayam hutan, lotong, babi hutan dan sebagainya. Manakala senjata berbentuk lembing, tombak, serampang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan lain-lain binatang yang lebih dekat jaraknya.

Aborigines traditional weapons are usually made from materials easily available in their environment such as bamboo and woods. Apart from blowpipes as their main weapon, they also use bamboo spear, steel spear, beliung (adze), tombak (spear), arrow, serampang (trident) etc. Mainly of the weapons are used for hunting and self-defense. The blowpipe, spear and arrows are commonly used to catch the animals such as squirrel, bird, deer, wild pheasant, leaf monkey, wild boar etc. While spear and trident are used for spearing fishes and other animals at close range.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Senjata Tradisional Masyarakat Sabah / Tradisional Weapons of Sabah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Masyarakat Sabah memiliki pelbagai jenis senjata tradisional antaranya pedang pakayung (Murut), sumpitan, parang Bajau dan sebagainya. Suatu ketika dahulu senjata tradisional ii menjadi lambang keberanian dan kegagahan kaum lelaki sabah.

Sabah consist of diverse tradisional weapon such as pakyung (Murut), blowpipe and Bajau matchetes. During the head-hunting era this tradisional weapons reflected the bravery of the Sabah men.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Senjata Tradisional Masyarakat Sarawak / Tradisional Weapons of Sarawak  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Sarawak mempunyai pelbagai jenis senjata tradisional seperti mandau (parang ilang), tombak, perisai dan sumpit. Parang Ilang digunakan oleh lelaki kaum Iban yang dahulunya cukup digeruni sebagai pemburu kepala. Parang nyabur pula digunakan oleh kaum Dayak Laut. Senjata yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh pula ialah lembing, tombak, pandat (sejenis parang), sumpit, jepur (seakan samurai) dan rira (meriam kecil).

Senjata tradisional ini mempunyai pelbagai hiasan. Pemegang pedang biasanya diukir dan dilengkapi dengan sarung kayu atau kulit. Manik, cengkerang dan gigi haiwan turut digunakan sebagai hiasan.

There are many types of traditional weapons in Sarawak, such as Mandau or Parang Ilang (a type of machete), tombak (pike), perisai (shield), and sumpit (blowpipe). Parang Ilang is used by the Iban men which  is well-known for their bravery as a head-hunter. Parang Nyabur is used by the Dayak Laut. While the Bidayuh use spear, jepur (akin to samurai's weapon), and rira (small canon).


The traditional weapons are adorned with decorations and carvings. Usually the hilts of the swords are carved. The weapon's sheaths are made from wood or animal skin. Normally the hilts of the weapons are adorned with beads, shells and animal tooth.



Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Tebuk Timbul Bersilat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Tebuk Timbul Bersilat - teknik ukiran ini sama seperti ukiran tebuk timbul tetapi dicantikkan lagi dengan lengkok ukiran seni yang halus melalui kaedah tenggelam timbul. Selalunya reka corak ukiran jenis "silat" ini digunakan pada dinding, tiang, hulu senjata tradisional, kotak sirih, perabot serta daun pintu rumah, istana serta masjid.

Tebuk Timbul Bersilat is a low relief carving technique. low-relief carvings are usually found on panels, walls, pillars, hilts of keris and traditional weapons, doors of traditional Malay houses, palaces and mosques.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Tebuk Timbul  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Tebuk Timbul (tanpa silat) adalah teknik ukiran yang dibuat pada papan atau bungkah kayu, dengan menebuk sebahagian daripada permukaan bungkah. Ukiran tebuk timbul tidak jauh berbeza dengan teknik tebuk tembus. bentuk ukiran ini selalunya terdapat pada dinding dan pintu rumah Melayu.

Tebuk Timbul (tanpa silat) is quite similar to tebuk timbul bersilat but the carved plece does not have fine intricate carvings on it.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Tebuk Tembus Bersilat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Ukiran Tebuk Tembus Bersilat adalah teknik ukiran yang sama dengan kaedah teknik tebuk tembus. Terdapat elemen 'bersilat' sebagai tambahan bertujuan mencantikkan serta menjelaskan kelembetuna motif ukiran berkenaan. Papan tebuk akan diukir dengan kaedah tenggelam timbul iaitu dengan menimbul atau menipiskan bentuk ukiran.

Tebuk Tembus Bersilat or Tebuk Tembus Berukir is actually fully pierced ad carved woodwork. It is actually, quite similar to the method of Tebuk Tembus, but at the same time intricate carving is added to piece which made it more polished and elaborate.

Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Songkok Serban & Sanggul Lintang / Songkok Serban & Sanggul Lintang Headdresses  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Songkok Serban dipakai oleh pengantin lelaki diperbuat daripada kain songket dan diselit di bahagian tepi dengan karangan bunga kecil. Sanggul lintang hiasan kepala yang dipakai oleh pengantin perempuan pada hari persandingan.  Cucuk sanggul berbentuk bunga-bunga kecil diperbuat daripada emas, perak, suasa atau tembaga dicucuk dan disusun menghiasi sanggul lintang.  Sesebuah sanggul lintang mengandungi 40 hingga 70 batang cucuk sanggul. 

The Songkok Serban is worn by the bridegroom and is made from woven Songket cloth with a small bouquet of flowers placed on the side. The Sanggul Lntang is a bride’s headdress arrangement worn on the day of the public wedding ceremony. Flowery hairpins made from gold, silver, golden alloys or bronze are arranged and pinned across the Sanggul Lintang. A Sanggul Lintang could have 40 or even up to 70 pieces of hairpins. 

Sumber : Pameran Perhiasan Kepala Pengantin, Muzium Kraf Kuala Lumpur