
Seni kraf perak, tembaga dan besi adalah antara pertukangan kraf warisan logam yang masih kekal diusahakan sehingga kini di Malaysia. Penggunaan bahan, alat kelengkapan dan kepelbagaian teknik pembuatan membantu mendorong tukang kraf tempatan menghasilkan barangan seni kraf dalam pelbagai rupa bentuk dan kegunaannya. Kegagahan serta kreativiti para tukang logam terserlah melalui teknik-teknik pembuatan barangan kraf secara tradisional seperti teknik penghapusan lilin dalam penghasilan kraf tembaga, teknik tempa bagi menghasilkan mata senjata atau keris dari logam besi serta teknik memahat dan teknik pintalan dawai bagi barangan kraf perak. Kesederhanaan tukang kraf dalam menghasilkan reka bentuk dan kreativiti mengadun jalinan motif menonjolkan identiti seni warisan kraf Melayu. Hasil pertukangannya yang tidak keterlaluan dalam memperlihatkan kemahiran juga kemampuan mengadun rupa bentuk, motif atau corak menggambarkan keharmonian dan tatatertib dalam sebuah peradaban. Antara hasil barangan seni kraf warisan logam adalah seperti tepak sirih, kendi, pahar, bekas perasapan, kebak laksa, keris, tombak, golok, parang, kelewang serta barangan kemas sebagai perhiasan diri seperti dokoh, kerongsang, pending, gelang kaki, caping dan sebagainya
.
The art of silver, brass as well as iron crafts comprise some of the craftsmanship on traditional metal
crafts which are still being practiced
until the present day in Malaysia. The usage of raw materials, instruments and
the multifaceted techniques of production help to stimulate the local artisans
in their efforts to produce artistic crafts
in various forms and functions.
Some of the traditional metal craft products are tepak sireh (betel
nut server), jars, stem plates, incense burners, kebak laksa (instrument in
producing laksa), kris, spear, parang, kelewang and jewelries
and personal adornments such as
dokoh, brooches, belt buckle, anklets, chastity belts and other products.