Memaparkan catatan dengan label Hasil Rimba. Papar semua catatan

Ukiran Kayu 3 Dimensi / 3D Woodcarving  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ukiran kayu merupakan simbol ketelitian tukangan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke atas panel kayu. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Melayu. Mengukir ialah proses meluakkan kayu dengan menggunakan alat ukir yang dibantu oleh kemahiran tangan. Bentuk ukiran kayu yang lazim dihasilkan oleh pengukir Melayu adalah ukiran dua dimensi dan ukiran tiga dimensi (3D). Antara jenis ukiran kayu ialah Ukiran Timbul Tanpa Silat, Ukiran Timbul Bersilat Hampir dan Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat.
Keindahan ukiran Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dengan gabungan ketinggian ilmu, kebolehan minda dan kemahiran untuk mengerahkan deria disalurkan kepada ukiran kayu sebagai satu nikmat yang boleh dihayati.

Carving on wood panel is a symbol of intricacy from highly skilled hand work. The culture and identity of the Malay community in Malaysia are expressed through the carving. It also symbolizes and portrays the strong character of the Malays.  Aided by the skills of hand, shallow gouges on the wood are made using carving tools. Common form of wood carvings produced by Malay craftsmen are two and three-dimensional sculptures. Among the types of carvings are “Timbul Tanpa Silat”, “Timbul Bersilat Hampir” and “Tebuk Tembus Tanpa Silat”.

The beauty of a Malay carving is the manifestation of the soul and culture of the Malay community and together with high knowledge, abilities and skills that are transferred to the carvings on wood. It has been like a gift that should be appreciated.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Bakul Rotan / Rattan Basket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penggunaan rotan  telah lama bertapak khususnya dalam masyarakat tempatan. Rotan digunakan  untuk membuat bahan ikatan, pelbagai jenis bakul dan perabot. Ia mempunyai rupa bentuk yang bulat, licin, berkilau dan tahan lama. Spesis utama ialah rotan manau (calamus manam) dan rotan saga (calamus caesus), rotan batu, rotan bukit, rotan bulan, rotan raja dan rotan gunung. Rotan merupakan bahan tumbuhan yang luas dipergunakan sebagai bahan anyaman. Ianya dipotong dan dibuang durinya terlebih dahulu sebelum dibelah. Bilahan tersebut direndam dalam air untuk dilembutkan sebelum dianyam. Dahulu, anyaman rotan diperbuat untuk menghasilkan barangan keperluan seperti bakul untuk memungut hasil tanaman. Kini, anyaman rotan dijadikan barangan keperluan rumah dan perhiasan seperti beg, bekas telur dan berbagai jenis bakul.

The usage of rattan has long been established especially within the local societies. It is used as binding materials and making various kinds of baskets and furniture. It is cylindrical, smooth, shiny and long lasting in nature. The main species are calamus manam (rotan manau) and calamus caesus (rotan saga). Rattan is widely used as weaving material. Before it is cut and split, the skin is usually peeled to remove the spines. The split rattan is then soaked in water to increase pliability before weaving. Formerly, rattan baskets are typically used as utilitarian product such as vegetation transporters. Now, it is also used as household and decorative items such as bags, egg cups and other uses.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Tikar Kelarai / Weave Mat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan - bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan - bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Kelarai merupakan motif dan ragam hias pada anyaman yang dihasilkan bagi memberi penekanan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ‘ghadas’. Warna penting dalam membentuk corak sesuatu kelarai. Pencipta kelarai mencerna ilham membuat kelarai daripada alam semulajadi seperti bunga melur, cempaka, cengkih, bunga mempelas, dan bunga durian. Motif haiwan dan unggas seperti ‘jari kedidi’, ‘mata punai’, ‘siku keluang’, ‘buntut siput’ dan ‘mata bilis’ juga digunakan sebagai sumber ilham dalam mencipta corak kelarai.

Plaiting is a process of braiding materials from plants into strong and useable material. Plants that can be woven are rattan, root, bamboo, pine screw, jute and so on. These materials are soft and dryable. Color and emphasis on color arrangement is important in determining the pattern of the motif or kelarai for normal weaving or ghadas. A Kelarai creator gets inspiration from floral motives such as jasmine, cempaka, clove, mempelas, and durian. Motives from animals and birds such as jari kedidi, mata punai, siku keluang, buntut siput dan mata bilis  are also used.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Beg Bujam / Bujam Bag  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pandan dan mengkuang merupakan antara bahan asas yang sering digunakan dalam seni anyaman. Selain untuk keperluan harian, produk anyaman pandan dan mengkuang turut menjadi item dekorasi yang semakin digemari. Dahulu warna semula jadi seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu digunakan untuk mewarna bilah pandan mengkuang. Antara produk yang dihasilkan menggunakan pandan mengkuang adalah beg bujam. Ianya terkenal di kalangan masyarakat Orang Asli kaum Mah Meri. Beg bujam digunakan untuk mengisi tembakau, syiling, wang dan sebagai cenderamata perkahwinan.

Screw-pine and pandanus leaves are some of the basic items that are commonly used in weaving. In addition to daily needs, pandanus and screw-pine woven products are also becoming increasingly popular as decorative item. Natural dyes from turmeric, Indian safflower fruit and morinda citrifolia (mengkudu) leaves are used to color the pandanus and screw-pine strips. One of the product produced using pandanus and screw-pine leaves is the Bujam bags. It is well known among the indigenous people of the Mah Meri. Bujam bags are used to keep tobacco, coins, money and also as a wedding gift.

 Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Perahu Mini Tradisional Terengganu / Terengganu Traditional Boat Miniatures  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Perahu adalah alat pengangkutan air paling penting pada suatu ketika dahulu. Perahu tradisional adalah perahu tanpa enjin dan mungkin memiliki layar. Di alam Melayu, perahu adalah perkataan Melayu merujuk kepada semua jenis kenderaan air tanpa mengira saiz atau bentuk. Tempat membuat perahu paling terkenal di Semenanjung ialah di Duyong, Terengganu. Antara kegunaan perahu ialah untuk memukat hasil laut di laut dalam, membawa penumpang dan mengangkut barang. Terdapat pelbagai jenis replika perahu antaranya Perahu Payang, Perahu Kolek Kuel, Perahu Kajangan, Perahu Sekoci dan Perahu Kolek Lincang.

A boat has served as transportation since early days. Traditional boat is unpowered and may have a sail. To the Malays, boat refers to all kinds of water vehicle regardless of size or shape. In Malaysia, the most famous place where boat is made is in Duyong, Terengganu. Boats are use for deep-sea fishing and also to carry people and goods. There are various kind of boat replicas made such as Payang, Kolek Kuel, Kajangan, Sekoci and Kolek Lincang.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Sangkar Burung / Birds Cage  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pada kebiasaannya sangkar burung secara keseluruhan termasuk jeriji diperbuat daripada rotan, buluh, kayu dan plastik. Sangkar burung digunakan sebagai rumah atau tempat tinggal burung samada secara berkumpulan atau seekor sahaja. Dalam pembuatan sangkar burung di Malaysia terkenal menggunakan kayu jenis nyatoh, meranti dan jelutung kerana kayu tersebut mudah dilentur, ringan dan tahan lama. Bahagian badan sangkar disusun bilah kayu dengan jarak yang rapat untuk memudahkan burung menggenggam atau mencakuk sangkar agar ia dapat berkomunikasi dengan burung yang akan dipikat. 

Normally, the whole bird cage including grille made ​​from rattan, bamboo, wood and plastic. Bird cages used as a home or dwelling birds either a group or alone. In manufacturing of bird cage in Malaysia, normally there are using wood types nyatoh, meranti and jelutung because wood is flexible, lightweight and durable. Cage body parts compiled wood blade with close proximity to facilitate grasping or hooking bird cage so that it can communicate with the birds to be courted.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Ukiran Patung / Sculpture  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ukiran patung hanya diusahakan oleh suku kaum Mah Meri dan Jah Hut yang menjadikan sebahagian daripada kepercayaan animism mereka. Patung yang diukir melambangkan unsur-unsur yang pelbagai seperti tanah, pelangi, guruh, angin, lautan dan bumi. Dalam dunia mitologi mereka, patung-patung yang diukir mempunyai pelbagai corak dan fungsi dan dipercayai adalah jelmaan roh nenek moyang mereka. Kayu keras seperti nyirih, meranti, cengal, sena dan kemuning adalah yang terbaik untuk menghasilkan sesebuah ukuran. Asalnya kesenian ukiran patung sinonim dengan tujuan perubatan dan bomoh tetapi kini beralih menjadi bahan cenderamata dan perhiasan rumah. 

Sculpture only undertaken by the Mah Meri tribe and Jah Hut makes part of their animism beliefs. Carved statues symbolize the various elements such as soil, rainbow, thunder, wind, ocean and earth. In their mythology the world, carved statues have various designs and functions and are believed to be incarnations of the souls of their ancestors. Hardwoods like nyirih, meranti, cengal, lists and yellow are best to produce a measure. Originally synonym with art sculptures and shaman medical purposes but are turning into souvenir items and home furnishings.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Replika Perahu Tradisional Terengganu / Replica Terengganu Traditional Boat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Perahu adalah alat pengangkutan air paling penting pada suatu ketika dahulu. Perahu tradisional adalah perahu tanpa enjin dan mungkin memiliki layar. Di alam Melayu, perahu adalah perkataan Melayu merujuk kepada semua jenis kenderaan air tanpa mengira saiz atau bentuk. Tempat membuat perahu paling terkenal di Semenanjung ialah di Duyong, Terengganu. Antara kegunaan perahu ialah untuk memukat hasil laut di laut dalam, membawa penumpang dan mengangkut barang. Terdapat pelbagai jenis replika perahu antaranya Perahu Payang, Perahu Kolek Kuel, Perahu Kajangan, Perahu Sekoci dan Perahu Kolek Lincang. 

The boat is the most important water transport at one time. Traditional boats are boats without engines and may have a screen. In the Malay world, the boat is a Malay word refers to all kinds of water vehicles regardless of size or shape. Make the most famous places in the peninsula boat is in Duyong, Terengganu. Some of boat use is to fish in the sea, carrying passengers and goods transport. There are various kinds of replica boats including Payang Boat, Kolek Kuel boat, Kajangan, sekoci Boat and Kolek Lincang lifeboat.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Jebak Puyuh / Quail Trap  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Hobi memerangkap puyuh amat popular di kalangan golongan bangsawan pada masa dahulu. Jebak puyuh merupakan sejenis alat perangkap untuk menjerat burung puyuh berbentuk separuh bulatan dengan tapak rata. Kerangka luaran jebak puyuh dibentuk menggunakan bilah buluh atau rotan manakala serungkup jebak menggunakan anyaman ribu-ribu. Lazimnya motif awan larat, bunga kunyit ataupun bunga mawar sering menjadi pilihan untuk diukir. Perangkap puyuh akan diletakkan seekor burung puyuh denak bagi menarik perhatian burung puyuh liar mendekati pintu jebak yang terbuka. 

Quail trapping hobby is very popular among the aristocracy in the past. Quail trap is a trap to ensnare tool quail semicircle shape with a flat base. External frame quail trap formed using bamboo or rattan blades while the trap serungkup is using thousands weaving. Usually clouds old motifs, saffron flowers or roses are often the choice for carved. Will put a trap quail quail decoy to attract wild quail trap door open approach.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Rumah Tradisional Melayu Melaka / Malacca Malay Traditional House  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Rumah tradisional Melayu Melaka mempunyai rekabentuk rumah kayu yang berserambi dan berbumbung panjang berbanding rumah moden masa kini. Rumah tradisional Melayu Melaka terkenal dengan tangga batu bersalut jubin berbentuk melengkung yang menyerlahkan pelbagai bentuk senireka ukiran unik terutama di serambi depan. Biasanya rumah ini mempunyai 12 atau 16 tiang, dengan tiga bahagian iaitu serambi, rumah ibu dan dapur. Manakala halaman rumah lazimnya dihias dengan pelbagai jenis pokok bunga yang melambangkan budaya masyarakat Melayu desa. Replika rumah biasanya dibina dalam dua bentuk iaitu rumah dengan satu bumbung dan rumah dua bumbung, Reka bentuk replika rumah ini melibatkan binaan tangga batu, serambi, anjung serambi, rumah ibu, pelantar, kelek anak (ruang makan) dan dapur.

Malacca Malay traditional house has a wooden house terraced design and covered longer than today's modern home. The traditional Melaka Malay house is famous for its stone stairs coated curved tiles that highlight a variety of unique design is intricately carved especially the front porch. Usually this house has 12 or 16 columns, with three of the porch, the main house and kitchen whereas the courtyard is usually decorated with different types of flowers symbolizing the rural Malay culture. Replica homes usually built in two forms, namely home with a roof and two roof houses. This house replica design involves building stone staircase, porch, main house, rigs, dining room and kitchen.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Tikar Kelarai (Daun Pandan) / Kelarai Mat (Pandan Leaves)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan - bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan - bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Kelarai merupakan motif dan ragam hias pada anyaman yang dihasilkan bagi memberi penekanan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ‘ghadas’. Warna penting dalam membentuk corak sesuatu kelarai. Pencipta kelarai mencerna ilham membuat kelarai daripada alam semulajadi seperti bunga melur, cempaka, cengkih, bunga mempelas, dan bunga durian. Motif haiwan dan unggas seperti ‘jari kedidi’, ‘mata punai’, ‘siku keluang’, ‘buntut siput’ dan ‘mata bilis’ juga digunakan sebagai sumber ilham dalam mencipta corak kelarai.

Weaving means the process of cross-woven materials from plants to be turned into a community of strong and can be used. The plant materials that can be woven such as stick rattan, roots, bamboo, pine, jute and so on. These are usually simple and gentle drying. Kelarai is a motive and on woven decorative motives produced to emphasize the use of color in a woven arrangement of normal or 'ghadas'. Color is the most important part in the form of a pattern kelarai. The kelarai craftsmen can get inspiration from nature plant as Jasmine, Cempaka, clove, floral lapping, and durian flowers. Animal and bird motifs like 'finger Knot', 'pigeon eye', 'elbow bat', 'snail tail' and 'eyesight' is also used as a source of inspiration in creating kelarai pattern.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Terompah Kayu / Wooden Clogs  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Terompah kayu ialah sejenis kasut yang diukir khas dan digunakan sebagai lapik atau alas kaki. Ianya juga dikenali sebagai selipar atau capal kayu. Diperbuat daripada kayu ringan serta bahan polister, getah atau plastik dari pelbagai warna. Terompah dipercayai telah digunakan dan wujud lebih dari 700 tahun dahulu. Pemakaian terompah menjadi sebahagian tradisi dan budaya di negara Belanda. Seni kraftangan terompah Belanda telah diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya di Melaka.
Reka bentuknya mudah dan praktikal, sesuai dipakai oleh semua golongan. Terompah perempuan berlekuk ditengahnya sementara terompah lelaki sama memanjang. Terompah kayu kini semakin digemari oleh masyarakat tempatan dan pelancong luar dengan tambah nilai lukisan motif dan ukiran sebagai hiasan.

Wooden clogs are the type of footwear specially carved and used as a liner or floor mats. It is also known as slippers or wooden sandals. This wooden clog was made from lightweight wood and polyester materials, rubber or plastics of various colors. Clogs are believed to have been used and there are more than 700 years ago. Application clogs become part of tradition and culture in the Netherlands. Dutch clogs handicrafts was introduced to the Baba Nyonya in Malacca.
The design is simple and practical, suitable to be worn by everyone. Women clogs the middle recessed elongated while the same man clogs. Wooden clogs are now increasingly favored by locals and tourists with added value painting and carvings as a decorative motif.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Terendak  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Terendak kepala ialah sejenis topi atau penutup kepala berbentuk kon dan biasanya dibuat daripada daun nipah, buluh atau rotan. Tujuan pemakaiannya adalah sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas. Bukti sejarah menunjukkan bahawa terendak kepala wujud sejak kurun yang ke-13 di seluruh dunia. Dahulu di Malaysia, orang Cina memakainya ketika mendulang bijih timah, wanita Melayu memakainya ketika melakukan kerja-kerja di sawah manakala nelayan daripada pelbagai kaum pula memakainya ketika turun ke laut. Untuk menghasilkan terendak hanya daun muda saja dipilih manakala rangkanya pula dihasilkan daripada buluh. Setelah daun nipah kering, barulah ia dianyam menjadi topi dan kualitinya boleh dinilai dengan kehalusan buatannya.

Terendak is a hat or cone-shaped cap and is usually made of nipah leaves, bamboo or rattan. The purpose of the application is head cover from rain and heat. Historical evidence suggests that hat head around since the 13th century around the world. In Malaysia previously, Chinese people wear when tin pan, Malay women wear when doing work in the rice fields while fishermen from the various races also wear it to go to sea. To produce hats only young leaves only selected while outline is made from bamboo. Once dried palm leaves, then it is woven into hats and quality can be judged by subtlety material.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Tempurung / Coconut shell  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kraf tempurung kelapa merupakan satu hasilan kraf daripada bahan buangan yang amat unik dan kreatif. Ini adalah kerana tempurung kelapa mudah didapati, sifatnya yang kuat dan memiliki tekstur yang menawan. Antara produk aksesori hiasan dan cenderamata yang indah dan unik dihasilkan ialah butang, rantai, gelang, loket rantai, sepit rambut dan kepala tali pinggang. Kraf tempurung juga dapat menghasilkan rangkaian produk perhiasan rumah yang cantik dan menawan seperti bidai, lampu hiasan, tabung syiling dan bekas sabun. 

Coconut shell, often considered as waste is now converted into unique and creative craft products. It is easily obtained, has a strong character and a beautiful texture. Among the beautiful and unique decorative accessories and gift products from coconut shell are buttons, necklaces, bracelets, pendants, hair clips and buckles. Coconut shell is also used to make household products such as shutter, decorative light, coin box and soap container.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Sumpit / Sumpit (Blowpipe)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumpit adalah peralatan berburu utama bagi masyarakat Orang Asli. Secara umumnya sumpit diperbuat daripada buluh yang beruas panjang seperti buluh Sewor atau buluh Temiang. Sumpit yang baik menjamin ketepatan sasaran dan ketahanannya. Sumpit buluh selalunya dihiasi dengan ukiran yang berasaskan tumbuhan hutan seperti bunga perah dan pucuk rebung. Setiap motif ukirannya melambangkan hasil ciptaan sesebuah kelompok Orang Asli tersebut. 

Sumpit are the main hunting equipment for the Aboriginal community. Generally, sumpit was made ​​of long segmental bamboo such as Bamboo Sewor or bamboo Temiang. Good sumpit will guarantee accuracy and durability targets. The sumpit bamboo is often decorated with carvings of flowers forest plant-based dairy and bamboo shoots. Each motif carvings symbolize the creation of an Aboriginal group.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Rotan / Rattan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Rotan merupakan bahan tumbuhan yang luas dipergunakan sebagai bahan anyaman. Ianya dipotong dan dibuang durinya terlebih dahulu sebelum dibelah. Bilahan tersebut direndam dalam air untuk dilembutkan sebelum di anyam. Dahulu, anyaman rotan diperbuat untuk menghasilkan barangan keperluan seperti bakul untuk memungut hasil tanaman. Kini, anyaman rotan dijadikan barangan keperluan rumah dan perhiasan seperti beg, bekas telur dan berbagai jenis bakul. 

Rattan is a large plant material used as a woven material. It was cut and removed prior to cut spines. Then it will soak in water to soften before the weave. Previously, rattan weaving is made to produce essential goods such as baskets to collect the harvest. Now, woven rattan used household items such as bags and jewelry, egg basket and various types of baskets.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Rotan Sega / Rattan Sega  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Rotan Sega dianggap paling baik untuk membuat perabot dan hasil anyaman. Rotan ini ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, raga, nyiru, raga, dan lampu. Rotan yang hendak digunakan perlu direbus supaya tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir bagi memastikan ketahanan dan mengelakkan serangan serangga perosak seperti bubuk. Selepas direbus, rotan dijemur sehingga kering dan kemudian barulah dibentuk mengikut reka corak atau jenis produk yang telah ditetapkan. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai produk hiasan dalaman yang menarik.

Rattan Sega considered best for making furniture and weavings. This rattan is grown on a large scale as a side crop blend into other row crops. Results include the traditional rattan weaving baskets, chairs, wicker basket, tray, and lighting. Rattan to be used should be boiled so that the tissue might die and eliminated sugar content to ensure durability and prevent pests like small insects. After boiled, dried rattan until dry and then formed according to the design pattern or set of products. Compatible with modern way of life, rattan is becoming more popular as attractive interior decoration products.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Ribu-Ribu  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ribu-ribu tergolong dalam famili paku pakis, tumbuhan menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah. Anyaman ribu-ribu atau Linagoh adalah sejenis anyaman yang dihasilkan oleh suku kaum Rungus di Daerah Kudat. Mempulur rotan atau bemban digunakan sebagai rangka untuk menjalin (menganyam) ribu-ribu. Jalinan ini dibuat dengan kemas dan teliti sehingga terbentuk produk yang diperlukan. Antara produk yang dihasilkan adalah alas pinggan, bekas buah, pasu bunga, bakul dobi dan bekas gula-gula. Kini ribu-ribu diwarnakan untuk menghasilkan rekaan dan produk baru yang mempunyai lebih nilai komersial.

Ribu – ribu are belong to the family of ferns, creepers in idle, young forests, groves coconut or rubber plantations. The Ribu – ribu woven or Linagoh is a kind of woven produced by the Rungus in Kudat. The young rattan or bemban used as a framework to forge (weaving). This braided neatly and carefully made ​​up to form the required product. Among the products are covering plate, fruit containers, flower pots, laundry baskets and candy containers. Now ribu – ribu has been colored to produce a new product that has more commercial value.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Kotak Hadiah (Daun Serdang) / Gift Boxes (Leaf Serdang)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Produk kraftangan anyaman daun serdang banyak dihasilkan di Daerah Kota Belud oleh suku kaum Bajau. Pada asalnya ia digunakan sebagai kelengkapan rumah seperti teduang dalam bahasa Bajau (penutup makanan), bekas serba guna, alas pinggan dan bakul. Daun serdang yang telah dikeringkan dan diwarnakan dianyam kemas menjadi produk yang diperlukan. Anyaman serdang mempunyai corak berjalur yang berwarna warni mengikut kesesuaian produk yang dihasilkan. Kepakaran tukang anyam daun serdang menghasilkan produk yang cantik, berkualiti dan tahan lama. 

Serdang leaves woven handicraft products produced in large quantities in the district of Kota Belud Bajau. Originally it was used as home appliances like teduang in Bajau (food cover), a multi-purpose containers, backing plates and baskets. Serdang leave that have been dried and dyed will waving neatly into the required product. Serdang have woven colorful striped pattern of appropriate products. The expertise of craftsman for serdang leaves can produce a beautiful, high quality and durable.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Gasing  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Gasing merupakan sejenis alat permainan tradisional. Ia berpaksi dan boleh berputar dengan menggunakan teknik melibas pintalan tali dikelilingnya. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘gah berpusing’. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.
Bagi menghasilkan gasing yang kualiti dan mempunyai sempurnaan, pemilihan jenis kayu yang sesuai amat penting dan menjadi keutamaan. Kebiasaannya gasing dibuat menggunakan kayu kemuning, merbau, rambai dan durian. Kayu tersebut akan ditarah dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. 

Gasing is a traditional toy. It is based, and can be rotated by using the technique of rope twisted out of position around him. The word comes from the tops of two words 'grand twisting'. Gah in game terms means rotates with spinning tops and upright.
To produce a top quality and have completeness, the selection of the appropriate type of wood is very important and a priority. Normally tops are made using yellow wood, merbau, rambai and durian. Wood is being excavated and scraped up into top spinning shape.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013