Kuron  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tembikar Kuron adalah warisan tradisi masyarakat Kadazan Dusun yang menetap di Kg. Melangkap, kota belud, Sabah. Tanah yang terdapat di kawasan Kota belud amat sesuai digunakan untuk membuat Kuron. Kuron digunakan untuk memasak dan menyimpan makanan.

Lapohan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Masyarakat Bajau Semporna bukan sahaja mahir dengan warisan kraf lepa-lepa malahan mereka juga mewarisi kemahiran membuat kraf tembikar seperti dapur tanah yang dipanggil lapohan. Selain itu, mereka juga berkemahiran membuat barangan tembikar lain seperti periuk, bekas air, belangan (lupo') dan bekas perasap (tuntungan).

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Kudin dan Tuning  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Masyarakat Kelambit yang tinggal di Tanah Tinggi Bario dan masyarat Lun Bawang yang tinggal di Lawas dan Bakelalan turut mempunyai kemahiran membuat tembikar tradisional. Dua jenis tembikar yang diusahakan iaitu kudin dan tuning.

Kudin berbentuk seperti periuk bersaiz besar dan digunakan oleh masyarakat Kelabit untuk mengisi tuak dan memasak nasi. Tuning pula bersaiz lebih kecil dan digunakan untuk memasak sayur-sayuran atau lain-lain masakan.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Nuan @ Pasu Iban  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Nuan atau pasu Iban adalah tembikar tradisional yang diusahakan oleh masyarakat Iban di Sarawak. Proses pembuatan nuan mempunyai persamaan dengan cara pembuatan tembikar di Semenanjung. Nuan menjadi peralatan utama semasa sambutan hari perayaan, upacara pemujaan dan adat istiadat termasuk semasa pengebumian. Selain daripada itu tembikar Iban turut dijadikan  sebagai bekas untuk mewarna benang yang digunakan dalam tenunan kain pua atau pua kumbu.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Tembikar Sungai Dua  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kampug Alor Merah, Sungai Dua di Seberang Perai, Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat perusahaan tembikar. Walaupun asal-usul pembuatannya tidak dapat dikesan, namun perusahaan tembikar di sini berkembang pesat. Dipercayai periuk dan belanga yang dihasilkan oleh pembuat tembikar di daerah ini mempunyai persamaan dengan hasil tembikar yang diusahakan oleh masyarakat India.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Tembikar Kechor  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Perlis pada suatu masa dahulu juga tidak ketinggalan dalam perusahaan seramik kerana faktor kesesuaian tanahnya. Perusahaan ini dipercayai bermula sekitar tahun 1820 dan diperkenalkan oleh sepasang suami isteri, Tok E Chu dan Tok Tinggi, yang berasal dari Sentol, Selatan Thailand. Kemahiran membuat tembikar telah diajar kepada penduduk-penduduk Kampung Kechur. Sejak itu, perusahaan membuat tembikar semakin berkembang dan menjadi pekerjaan sampingan penduduknya selain daripada bertani.


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Tembikar Mambong  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tembikar Mambong mempunyai sedikit perbezaan daripada tembikar tradisional lain. Tanah liat yang digunakan untuk membuat tembikar ini dicampur dengan pasir-pasir halus yang secara tidak langsung menyebabkan terdapat kilauan pada tembikar yang dihasilkan. Tembikar Mambong juga mendapat namanya dari tempat ianya dibuat iaitu di Kampung Mambong, Kuala Krafi, Kelantan. Belanga, periuk, buyung, kukusan dan bekas perasapan adalah di antara produk yang dihasilkan.


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Tembikar Tembeling  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tembikar Tembeling masih diusahakan hingga kini di Kg. Pasir Durian yang terletak dalam mukim Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang. Hasil warisan seni tangan ini memperlihatkan bentuk yang menarik dan indah. Terenang umpamanya, mempunyai persamaan dengan produk yang diperbuat daripada logam khususnya tembaga. Perusahaan tembikar Tembeling turut menghasilkan belanga, bekas perasapan dan tempayan. Barangan ini digunakan untuk memasak, menyimpan air ataupun untuk tujuan adat serta keagamaan.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Labu Pulau Tiga  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Labu Pulau Tiga diambil bersempena dengan tempat asal pembuatannya iaitu di Kg. Pulau Tiga, yang terletak dalam mukim Kampung Gajah, Perak. Labu yang bewarna kemerahan ini dihiasi dengan corak bunga timbul atau bunga tampal. Labu yang telah siap dibentuk dibakar menggunakan teknik bakar merah. Labu yang telah dibakar dibiarkan sejuk di dalam tempat pembakaran. Dahulu labu ini digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman. Pada masa sekarang pengguna lebih gemar menjadikan labu ini sebagai hiasan sahaja.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Labu Sayong  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Mukim Sayong yang terletak dalam daerah Kuala Kangsar, Perak sinonim dengan pengeluaran tembikar tradisional dikenali sebagai labu sayong. Labu yang bewarna kehitaman ini mempunyai rupa bentuk yang diilhamkan daripada buah labu. Setelah dibentuk, labu dibakar pada suhu dan jangka masa yang ditetapkan. Labu yang masih panas dimasukkan ke dalam timbunan sekam padi. Warna labu bertukar menjadi kehitam-hitaman. Dahulu labu hitam ini dijadikan sebagai bekas menyimpan air minuman kerana dipercayai bahawa air yang disimpan di dalam labu sayong ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Sejarah Tembikar  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sejarah telah membuktikan bahawa seni tembikar ialah hasil pertukangan yang paling awal dikesan dalam perkembangan tamadun manusia. Ia dicipta bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan harian dan keperluan rohaniah.

Tembikar mula digunakan di negara ini sejak Zaman Neolitik lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan di beberapa tempat seperti di Gua Cha (Kelantan), Bukit Tengku Lembu (Perlis), Ulu Tembeling (Pahang) dan Gua Niah (Sarawak). Kegunaan utama tembikar purba ini adalah untuk keperluan seharian seperti memasak dan menyimpan makanan di samping dijadikan bekas untuk mengisi air. Reka corak yang mudah dan ringkas seperti garisan dan lorekan menjadi ragam hias pada permukaan tembikar purba.

Peredaran zaman memperlihatkan perubahan di dalam rupa bentuk, ragam hias serta kegunaan tembikar. Bentuk-bentuk yang lebih sesuai seperti periuk, belanga, alat kukus diperkemas dan diperhalus buatannya. Motif-motif hiasan yang berunsurkan flora dan fauna, tulisan khat, abstrak serta geometri digubah menjadi hiasan menarik pada permukaan tembikar. Perubahan ini menjadikan tembikar bukan sahaja dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga sesuai dijadikan sebagai hiasan dalaman untuk ruang rumah, ruang pejabat dan sebagainya.

Penemuan inovasi baru dalam industri tembikar membantu meningkatkan pengeluaran dan seterusnya membangunkan industri tembikar itu sendiri. Namun demikian, pembuatan secara tradisional yang menggunakan tangan terus diusahakan terutamanya oleh pembuat-pembuat tembikar tradisional bagi memenuhi dan memelihara seni tembikar warisan negara.


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3

Anyaman Pandan Mengkuang  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

 
 
 
 

Batik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

Kebaya Labuh  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

Baju Kebaya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

Baju Pahang  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :




Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

Baju Kurung Kedah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

Baju Kurung  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

The Royal Attire of Puteri Perak  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

The Royal Dress  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1997 ISBN 983-9196-37-5

The Batik Canting  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :



The batik canting or hand drown batik refers to the way the cloth is coloured using brushes (as opposed to immersion dyeing). The cloth is first streched taut on a purpose-built metal stretcher. Wax is applied freehand using a pen-like waxing implement called the canting. The different waxed sections are coloured in by hand, allowing for subtle colour gradations and blends.

A wider variety of cloth such as cotton, rayon, voile and silk are used by the batik producers. The types of motifs and designs vary though most are vegetal or geometrical in nature; these are often dictated by current fashion trends. While men dominate the production of hand-printed batik, women seem to excel in boh the waxing and dyeing of hand-drawn batik.

Hand-drawn batik is usually made as kain pasang (a paired sarong and tunic for women) or as material for men’s formal wears. The very fluidity of hand-drawn batik also enables it to be fashioed into leisure wear such as pareos, caftans and shawl. Recently, artistically iclined batik producers artisans have taken to creating batik paintings which are sold asframed art.

The combiation of age-old waxing techniques with a contemporary touch has created products which appeal to both domestic and export markets. For example, today, canting batik has even begun appearing as part of home furnishigs or interior decor.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Pameran Ragam Hias Tenunan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


The Centre For Malay Manuscripts  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pameran Kraf Mushaf  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Hallmarking For Silverwares  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :



Sulaman dan Ragam Hias  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil


Tekatan Benang Emas  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil

Tenunan Pua  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil


Dastar  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil


Batik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil

Batik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Tenun Pahang  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kemahiran menenun kain tenun Pahang dibawa masuk dari Riau atau Sulawesi pada abad ke-16. Benang kapas dan sutera digunakan untuk menenun kain sarung atau sampin. Benang-benang di warna menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti daun tarum (biru) kulit sepang (merah) dan kunyit (kuning). Buah belimbing dan asam gelugur dijadikan sebagai bahan untuk mematikan warna.

Ragam hias tenun Pahang amat ringkas dan sederhana. Teknik ikat yang dipercayai menerima pengaruh dari Sulawesi digubah mengikut cita rasa tempatan. Reka corak berpetak atau berjalur kadangkala diselitkan dengan sedikit benang emas atau perak sebagai hiasan tambahan. Corak Muar yang lebih banyak menggunakan warna muda dan corak Bugis yang di ragam hias dengan kotak-kotak kecil merupakan reka corak yang amat terkenal. Keistimewaan kain tenun Pahang terletak pada reka corak yang kebiasaannya dinamakan bersempena dengan nama pemakainya seperti corak Tun Razak, tok Puan Muda dan sebagainya.


The art of Tenun Pahang weaving was introduced from riau or sulawesi in the 16th century. Cotton and silk threads were used to weave sarong or sampin cloth. The threads were coloured using plant-derived dyes such as daun tarum (blue), kulit sepang (red) and turmeric (yellow). Star fruit and asam gelugur are also used as natural fixatives.

The decorative elements in Tenun Pahang cloth are fairly simple and regular. The textile utilises the ikat dyeing tchnique, which was thought to have been an influence originating from Sulawesi, though modified to suit local tastes. The checkered or striped designs are sometimes interspersed with some gold or silver threads, introduced as an additional decorative element. The Muar pattern usually utilises paler shades while the Bugis pattern, usually consisting of small checkerboard pattern, is amongst the most popular design for the cloth. The uniqueness of Tenun Pahang cloth lies in its design, which is usually named after one of its wearers, for example the Tun Razak pattern, the Tok Puan Muda and so forth.

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil

Songket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kain songket lambang kehalusan seni kemahiran tangan warisan yang menjadi kemegahan bangsa telah lama bertapak dalam budaya tradisi kita. Berasal dari perkataan ‘sungkit’ iaitu ‘teknik menyungkit’ benang loseng (wrap) dengan benang pakan (weft) terdiri daripada emas, perak atau benang warna mengikut reka corak yang diperlukan.

Keanggunan kain songket memaniskan dan memperagakan seni budaya bangsa. Kini kain songket dipelbagaikan pemakaian dan kegunaannya. Songket tempatan kini antara fabrik pilihan pereka fesyen dan pereka hiasan dalaman dari dalam dan luar negara.

Songket represents the height of refinement in tradisional crafts, which remains the pride of our people and an integral part of our tradisional culture since time immemorial. Originating from the word ‘sungkit’, which is a ‘levering technique’, it is a method of combining warp threads with supplementary weft threads consisting of gold, silver or other coloured threads according to the required patterns.

The elegence of songket is considered a refined means to showcase the artistry of our people’s heritage. Today, we are able tos see numerous innovative uses and wearing techniques created for songket cloth. Local woven songket is now the fabric of choice for fashion designers and interior decorators locally and from around the world.

Sumber : Broshur Eksposisi Kraf Tekstil

Kain Dastar  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tenunan asli negeri Sabah merupakan warisan dari zaman Dong-son.  Pada hari ini kaum Bajau Irranum dan Dusun merupakan pelopor kepada tenunan dastar yang juga dikenali sebagai kain tubau.  Kemahiran menenun kain dastar dipercayai berasal dari Kota Batu (Cotabato) di Filipina dan telah dibawa masuk melalui Kampung Merabau di daerah Kota Belud, Sabah.

Untuk menghasilkan sehelai kain dastar yang cantik dan unik, beberapa proses yang agak rumit harus dijalankan.  Benang kapas dikanji dan dicelup bahan pewarna.  Benang yang telah diwarna perlu diikat dan diberus menggunakan opar (sabut kelapa) bagi membuang sisa kanji, juga secara tidak langsung melicin dan melembutkan benang.

Proses menerai benang dilakukan dengan menggunakan alat betera (spinning wheel) sebelum proses menganing dilakukan bertujuan menentukan panjang dan lebar kain yang akan ditenun.  Proses menggulung dilakukan untuk menyediakan benang loseng.  Kayu cengal biasanya digunakan untuk membuat papan gulung atau sulayah yang berfungsi menegangkan benang loseng supaya tersusun dengan kemas.

Benang loseng ini kemudiannya dimasukkan ke dalam gigi jentera untuk proses menyapuk atau mencolek.  Setelah proses menyapuk, kerja melilitkan benang karat pada benang loseng akan bermula.  Peringkat ini disebut mengarat atau bibitan.  Proses menenun kain dastar adalah hampir serupa dengan menenun songket.  Reka corak akan terhasil pada peringkat mencolek bunga.

Menenun kain dastar memerlukan daya kreativiti dan pengamatan yang teliti dari tukang tenun, terutamanya semasa proses mencolek bunga.  Benang pelbagai warna digunakan untuk mencolek reka corak yang terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan, haiwan dan corak geometrik.  Warna-warna tradisi suku kaum Bajau seperti warna hitam, putih, merah, kuning dan hijau telah menjadi identiti tenunan dastar sejak dahulu lagi.  Kain tenunan dastar digunakan oleh kaum lelaki Bajau sebagai tanjak (pudong) yang dipakai untuk menghadiri sesuatu upacara kebesaran, perayaan atau majlis perkahwinan.

Tenunan Pahang (Pahang Handloom Weaving)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kain Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Tanah Bugis) dan dibawa masuk ke negeri Pahang pada abad ke 16.  Sejarah negeri Pahang ada mencatatkan bahawa pada sekitar tahun 1722 orang besar Bugis yang bernama  Tok Tuan atau Keraing Aji telah datang menetap di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang.  Beliaulah yang memperbaiki cara-cara menenun kain sutera tempatan.

Perusahaan ini kurang diketahui kerana perkembangannya tidak  begitu meluas.  Hanya pada awal tahun 1900 barulah ianya dapat dikesan setelah penenun dari Pahang dihantar ke Terengganu untuk mempelajari selok belok menenun.

Perusahaan menenun di Pahang menggunakan benang kapas dan sutera untuk menghasilkan kain sarung atau samping.  Pada awalnya penenun menggunakan bahan semulajadi untuk mewarna benang seperti warna biru dari daun terung dan kuning dari kunyit.  Untuk mematikan warna, mereka menggunakan perahan buah belimbing.

Kini kain tenun Pahang bukan hanya  digunakan untuk kain sarung atau sebagai samping tetapi juga telah ditenun sebagai kain ela bagi memenuhi cita rasa para pereka dan pengguna.

Tekatan Benang Emas (Gold Thread Embroidery)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tekatan merupakan  karya seni hiasan tradisional tekstil Melayu yang indah.  Seni ini amat popular di Semenanjung terutamanya di Perak.  Dalam seni tekatan, benang emas disulam timbul di atas kain baldu untuk membentuk ragam hias yang cantik.

Setiap ragam hias pada sulaman akan diisi dengan mempulur untuk menampakkan kesan timbul pada tekatan tersebut. Biasanya mempulur diperbuat daripada rotan sega atau kertas keras.

Kebanyakan reka cipta seni ragam hias tekatan adalah berdasarkan kepada pengalaman terhadap alam semula jadi.  Oleh itu, ciptaan ragam hias banyak dipengaruhi unsur-unsur seperti tumbuhan, unggas dan geometri.

Seni kraf ini juga dikenali sebagai sulaman timbul atau tekat bersuji.  Antara peralatan tradisi Melayu yang dihiasi dengan tekatan ialah tikar sila, perhiasan katil dan tepak sireh.

Tekatan dikatakan berasal dari China, India serta dipengaruhi budaya Arab.  Pengaruh India dilihat daripada perkataan tekat atau tekatan itu sendiri yang berbau Sanskrit, iaitu bahasa purba India.  Budaya Arab pula mempengaruhi seni tekatan Melayu dengan  bentuk ragam hias bunga yang merupakan seni eksklusif orang Arab dahulukala.

Pada zaman kegemilangannya, seni ini dipelopori oleh golongan istana.  Maka tidak hairanlah, seni kraf ini cuma menjadi perhiasan istana dan golongan bangsawan sahaja.  Walaupun kini seni tekatan lebih banyak digunakan dalam perhiasan perkahwinan dan adat istiadat Melayu yang lain, keindahan dan ketinggian seninya mampu diketengahkan sebagai produk komersil.

Tekat Kertas Perada Bertebuk  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tekatan ini memainkan peranan penting di dalam seni tekat Melayu.  Tekatan jenis ini menggunakan kertas perada iaitu ertas yang agak tebal di mana permukaannya diliputi perada emas tulen.  Kertas ini ditebuk dengan motif ‘ awan larat ‘ atau kerawang, ragamhias yang popular dalam seni tekatan.  Kemudian ia ditambal ke atas kain dan bahagian tepi kertas itu disusurkan dengan empat lembar benang emas yang ditindih ikat dengan benang sutera merah sebagaiman Tekat Gubah.  Kadangkala kertas perada yang bertebuk itu akan dilapikkan pula dengan kain berwarna lain atau dengan cermin berwarna untuk memperindahkannya lagi.

Pada hari ini, seni tekatan dan sulaman direka dan dikembangkan, dan hasilnya digunakan sebagai hiasan dinding, kusyen bertekat, bantal bertekat, hiasan tepi tikar dan untuk kegunaan seharian.



The gold foil appplique or Tekat Kertas Perada Bertebuk plays an important role in Malay embroidery.  Gold papeer, locally known as kertas perada, is actually thick gilded paper.  This is carefully cut into the required design, normally into a Malay arabesque, the awan karat or kerawang.  The gold paper is then stitched onto the cloth and its edges secured with four gold threads couched with red silk threads, in similar fashion to the Tekat Gubah.  Sometimes coloured cloth or spangles are added.


The art of embroidery and applique have since been put to good use to enhance our contemporary lifestyle.  It is now used as decorative wall-hangings, embroidered cushions and pillows, as embroidery edgings on mats on many other decorative items.

Tekat Gubah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ia merupakan satu lagi tekatan yang menggunakan benang emas atau perak.  Tekatan Tuji Timbul menggunakan mempulur kertas manakala Tekat Gubah pula menggunakan acu yang dibuat daripada kertas yang ditebuk.  Acu ini diletakkan di atas kain yang hendak ditekat sebagai contoh untuk melukis serta menurunkan corak atau ragamhias yang dikehendaki.  Setelah siap dilukis, acu diketepikan.  Benang emas atau perak akan disusun mengikut corak tersebut dan dijahit pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna.  Biasanya Tekat Gubah dihiasi dengan manik dan labuci.



This form of embroidery uses a paper stencil to help draw out the required designs onto the cloth.  The stencil is then removed.  Several strands of gold or silver threads are then arranged onto the cloth using the outlines as a guide.  These are then couched onto the cloth using coloured silk threads.  Tekat Gubah embroidery are normally enhanced with beads and sequins.

Tekatan Benang Emas atau Tuji Timbul  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ia juga dikenali sebagai timbul benang emas dan dihasilkan pada kain baldu dengan menggunakan mempulur kertas yang bertebuk.  Selain benang emas, tekatan Tuji Timbul ini juga dibuat dengan menggunakan benang atau pita logam pipih berwarna emas atau perak yang dinamakan kelingkanatau kelingkam.  Tuji Timbul yang menggunakan kelingkan sering diserikan dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang yang tidak bertekat.



The Tuji Timbul or raised relief embroidery uses a template of stiff card (mempulur) to create the distinctive embossed effect.  It is also known as tekatan timbul benang emas and is executed on lush velvet.  Although gold threads are commonly used, gold and silver filaments known locally as kelingkan or kelingkam have also been used.  Beads and sequins are then used to fill in empty areas not embroidery with the kelingkan.

Batik Tulis (Hand-Drawn Batik)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pengeluaran komersil batik tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960-an dan memuncak pada awal 1990-an.  Pengeluarannya tidak lagi terhad kepada Kelantan dan Terengganu malah telah menular ke semua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Tidak dinafikan bahawa seni batik tulis merupakan warisan dari batik Kraton Jawa.  Walaupun kedua-dua dihasilkan menggunakan lakaran canting, namun terdapat beberapa perbezaan dari segi estetik dan teknik pengeluaran yang boleh membezakan batik tulis tempatan dengan batik yang dihasilkan di jawa.

Ini termasuk penggunaan lakaran lilin secara bebas, pewarnaan kain dengan menggunakan berus (teknik conteng), kepelbagaian warna dan ragamhias yang tidak lagi tertakluk pada konvensyen klasik.  Di Jawa pula, proses mencanting dan membuang lilin harus dilakukan berulangkali kerana pewarnaan dilakukan secara rendaman.

Di Malaysia, batik tulis juga dikenali sebagai batik conteng dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera.  Ragamhiasnya pula terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan, bunga serta motif-motif geometrik.  Rekacoraknya juga mempunyai pelbagai susunletak, bergantung kepada fesyen semasa.

Batik tulis lazimnya dihasilkan sebagai kain pasang untuk kaum wanita dan baju kemeja lelaki, untuk ke majlis-majlis formal.  Namun ragamhias bebas batik tulis juga sangat sesuai untuk pakaian istirehat seperti skaf, pareo, kaftan dan sebagai hiasan dinding.  Malah gabungan teknik lama dengan teknik terkini seperti penindihan warna dan ‘garisan air mas‘, menghasilkan koleksi kontemporari yang sesuai untuk kedua-dua pasaran tempatan dan luar negeri.

Tenunan Pua  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pua adalah tenunan ikat warisan turun temurun suku kaum Iban yang memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup mereka. 

Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga telah dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi seperti bidang (skirt), sirat (cawat) kalambi (jaket), pua kumbu (selimut tradisional) dan dangdong (kain selempang).

Pada zaman dahulu, tukang tenun dikatakan menerima reka corak tenunan pua dari mimpi.  Reka corak yang terhasil menonjolkan unsur-unsur estetik dan mistik yang tersendiri.

Motif tumbuh-tumbuhan, binatang seperti mengkarung (engkarung) dan buaya, serta bentuk manusia (engkaramba) memaparkan keunikan reka corak tradisional tenunan pua.    Unsur budaya Dongson pula amat ketara dalam penampilan motif keluk dan pilin berganda di samping motif tempatan yang memancarkan unsur alam.

Penenun mewarna benang tenunan dengan  warna asli sejak abad ke 20. Warna-warna asli seperti perang kemerahan, biru tua dan merah telah dihasilkan daripada sumber semulajadi seperti akar mengkudu, daun tarum, kunyit dan daun pokok engkrebai.

Kini, motif moden seperti bentuk tumbuhan dan geometri lebih digemari.  Sesetengah penenun mula menggunakan benang sutera dan pelbagai warna baru  yang menghasilkan tenunan yang lebih halus, lembut dan lebih menarik. 

The pua is a renowned Iban textile made using the warp ikat, a technique where patterns are created by tying resists on the warp (longitudinal threads) prior to dyeing it. The pua is still woven in cotton yarn on a simple backstrap loom by Iban women throughout Sarawak and parts of Kalimantan.

Pua, especially the pua kumbu (large ceremonial cloth), are often used for ceremonial and ritual purposes. Pua textiles are also worn as part of traditional Iban costumery: the bidang (skirt) and dangdong (shoulder cloth) for women, sirat (loincloth) and kalambi (jacket) for men.

The types of motifs and patterns were once governed by a hierarchal system. Complex or new motifs were only to be attempted after senior weavers had obtained inspiration and 'permission' from dreams. Younger weavers started off with less potent symbol such as fern shoots.

Many of the characteristic 'key and rhomb' motifs and the 'Iban spiral' reflect probable Dongson (Bronze Age) influence. Common motifs include those derived from plants (creepers, shoots and fruits), animals (including birds and lizards), utilitarian objects, natural phenomenon, and occasionally, potent anthropomorphic figures (engkaramba).

Natural dyes were once widely used prior to the introduction of chemical dyes in the early 20th century. The characteristic reddish hues of the pua were obtained from various plants including engkudu root (Morinda citrifolia) and engkerebai leaves (Psychotria sp.). Tarum or indigo was also used, but mainly to overdye.

Today, contemporary pua feature simpler designs, floral or geometrical in nature. Some weavers have also experimented using silk yarn to produce much finer pieces, while others have even tried out new colour schemes.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Manik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Manik merupakan  perhiasan diri yang digemari dan masih digunakan oleh masyarakat etnik di Kepulauan Borneo.  Untaian manik menjadi hiasan pilihan pada pakaian  tradisional selain daripada perhiasan perak. 

Hiasan manik banyak digunakan oleh suku kaum etnik di Sarawak seperti Orang Ulu (kaum Kayan dan Kenyah), Lun Bawang, Kelabit, Iban, Bidayuh dan Melanau.  Manakala di Sabah manik amat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun, Rungus dan Murut.

Pelbagai jenis manik yang sering digunakan antaranya manik yang diperbuat daripada gigi binatang, tulang, cengkerang dan serpihan logam.  Manik yang diperbuat daripada serpihan kaca dan batu permata diperkenalkan sekitar abad ke 16 oleh pedagang luar terutamanya dari Negara Eropah, Venice dan Behormia.

Manik menjadi perhiasan diri yang dipakai sejak dahulu kerana ianya melambangkan status dan kemewahan seseorang.  Manik juga dijadikan sebagai pertukaran mata wang dan hantaran perkahwinan.

Sehingga kini kegiatan membuat kraf manik masih dijalankan oleh penduduk tempatan di Sabah dan Sarawak.  Manik-manik dijahit dan disulam indah menjadi perhiasan pakaian, tali pinggang, hiasan kepala, bakul dan keperluan harian lainnya.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Kain Telepuk (Gilded Cloth)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

The art of telepuk or gilding cloth is a technique used to pattern textiles since the 18th. Century.  The elaborate patterns are actually created by gluing on perada or thin gold foil on a pre-calendered cloth.

Patterning cloth using this method is common to the Malay Archipelago; in Indonesia it is known as prada.  This technique  was believed to have been introduced to the Peninsula by Bugis merchants.

The equipment used is displayed in the showcase on your right.  These include gum arabic (an adhesive), perada gold foil, various sarang bunga (carved wooden stamps), the sudip (bamboo spatula) and brush.

Various textiles and items of clothing can be gilded, including kain Bugis and batiks.  Regardless of the type of cloth used, it must first be calendered to enable the gold foil to adhere well.

Before gilding can begin, the artisan has to prepare the adhesive; a little gum arabic is placed on the back of the forearm and worked vigorously with the spatula.  The required wooden stamp is brought into contact with the adhesive, then stamped onto the cloth.  Gold foil is then carefully placed on the glued surface and excess brushed off and reused.

A variety of cloth and clothing for both men and women can be patterned this way including hip-wrappers, sarongs, samping (short sarong) and the cloth headdress.  However gilding is normally restricted to areas which are visible when worn in an effort to economize.

Much skill is needed to align the blocks and ensure accurate registration.  Today, there are few practicing artisans though efforts have made to revive this delicate art.

Telepuk  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Telepuk ialah suatu karya seni memperhias kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali.  Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang dibuat daripada emas.  Seni ini banyak berkembang di negeri-negeri Pahang dan Johor ketika dahulu, dan biasanya ia menghiasi baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala.

Penghasilan kain telepuk harus melalui proses menenun kain, menggerus, membuat penerap ukiran bunga dan menelepuk.  Kain yang ditelepuk hendaklah daripada jenis halus dan padat tenunannya.  Proses menggerus pula menggunakan siput gerus bertujuan menggilap dan melicinkan kain.  Penerap atau acuan diukir dengan cermat dalam bentuk corak-corak tradisional.

Berbanding seni kraf tekstil lain, proses menelepuk bermula dengan menyapu sejenis gam Arab pada lengan.  Kemudian acuan berukir akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan ke permukaan kain.  Serbuk emas dalam bentuk perada kemudian ditekap satu persatu di atas kain untuk meninggalkan kesan emas pada corak ragam hias.

Kraf tekstil ini amat unik sehinggakan ragam hias setiap jenis kain juga dibezakan.  Bagi baju kurung, ragam hias berupa bunga pecah lapan membentuk hiasan hati berantai, manakala kain sarung dipenuhi lingkaran dan urutan bunga pecah empat yang berkembang kepada pecah enam dan lapan.  Kain ikat kepala pula lebih berpusat kepada ragam hias bunga cengkih pecah empat bahagian dalam dan kelopak disusun berantai dan mengarah ke dalam.

Kain telepuk amat menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya.

Songket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kain songket lambang kehalusan seni kemahiran tangan warisan yang menjadi kemegahan bangsa telah lama bertapak dalam budaya tradisi kita.  Mula berkembang di beberapa negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. 


Di Kelantan kegiatan menenun ini dipelopori oleh Cik Siti Wan Kembang yang memerintah Kelantan sekitar tahun 1610 hingga 1677.  Kampung Gerung yang terletak dalam jajahan Tumpat antara daerah yang terawal menjalankan kegiatan menenun.  Kemudian kegiatan ini berkembang ke Kampung Penambang yang terletak  berhampiran dengan pusat bandar.


Di Terengganu tenunan songket dipercayai bermula  sejak pemerintahan Sultan Marhum Janggut atau Sultan Mansur (1726-1793).  Kawasan yang banyak menjalankan kegiatan ini terletak di sekitar Kampung Banggol, Kuala Ibai dan Chendering.


Songket berasal dari perkataan ‘sungkit’ iaitu ‘teknik menyungkit’ benang loseng (warp) dengan menggunakan bilah buluh atau nibung bagi tujuan menghasilkan reka corak atau sulaman pada kain tenunan .  Kemudian benang emas atau perak disulam atau disungkit mengikut reka corak yang telah ditentukan mengikut bilah buluh atau nibung tadi.


Cara sulaman atau sungkitan yang halus dan  rumit buatannya ini kemudiannya terkenal sebagai pakaian sultan,  kerabat diraja dan orang kenamaan. Malah beberapa corak dan motif tertentu seperti corak ‘teluk berantai’ dan ‘jong sarat’ adalah merupakan corak istimewa untuk pakaian khas diraja.