Kain Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Tanah Bugis) dan dibawa masuk ke negeri Pahang pada abad ke 16. Sejarah negeri Pahang ada mencatatkan bahawa pada sekitar tahun 1722 orang besar Bugis yang bernama Tok Tuan atau Keraing Aji telah datang menetap di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Beliaulah yang memperbaiki cara-cara menenun kain sutera tempatan.
Perusahaan ini kurang diketahui kerana perkembangannya tidak begitu meluas. Hanya pada awal tahun 1900 barulah ianya dapat dikesan setelah penenun dari Pahang dihantar ke Terengganu untuk mempelajari selok belok menenun.
Perusahaan menenun di Pahang menggunakan benang kapas dan sutera untuk menghasilkan kain sarung atau samping. Pada awalnya penenun menggunakan bahan semulajadi untuk mewarna benang seperti warna biru dari daun terung dan kuning dari kunyit. Untuk mematikan warna, mereka menggunakan perahan buah belimbing.
Kini kain tenun Pahang bukan hanya digunakan untuk kain sarung atau sebagai samping tetapi juga telah ditenun sebagai kain ela bagi memenuhi cita rasa para pereka dan pengguna.
Pahang handloom weaving is believed to originate from Riau or Sulawesi and was brought in to Pahang during the 16th century. The history of Pahang noted that the around 1722 a noble man from Bugis name Tok Tuan or Keraing Aji and stayed in a Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. He is responsible in improving the ways of local handloom weaving.
Not much is known about the development of the industry because its expansion was not wide spread. It was not only in the 1900s that industry was discovered went the weavers from Pahang was state to Terengganu to learned the technique of handloom weaving.
Handloom industry of Pahang used cotton and silk thread to produces sarong pr samping. Weaver used natural dyestuff during the coloring process for example blue color is obtained from the life of eggplant and yellow from turmeric. To fix the colors they used star fruit juice.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Selasa
, Selasa, April 17, 2012
di bawah kategori
Tekstil
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan