Tembikar Perlis (Perlis Pottery)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Perlis pada suatu masa dahulu juga tidak ketinggalan dalam bidang perusahaan seramik kerana tanah yang terdapat di sana sesuai untuk membuat tembikar.  Perusahaan ini dipercayai bermula di sekitar tahun 1820 dan diperkenalkan oleh sepasang suami-isteri, Tok E Chu dan Tok Tinggi, yang berasal dari Setol, Selatan Thailand.  Mereka telah menetap di Kampung Kechor, Perlis. Bermula dari sinilah Tok E Chu, Tok Tinggi, anak mereka Tok E Long dan menantu mereka Tok Timah bergiat menjalankan perusahaan ini. Kepakaran mereka diajarkan kepada penduduk-penduduk Kampung Kechor sehingga perusahaan ini berkembang pesat sekali dan menjadi kerja sampingan selain daripada bertani.

Perlis at one time was also a centre of ceramic-making activity in its own right as the clay soil found in the region is suitable for producing pottery. The local ceramic industry is believed to have begun in the 1820s and pioneered by a husband and wife team, Tok E Chu and Tok Tinggi, who originated from Setol in present-day Southern Thailand. They settled down in the village of Kampung Kechor, Perlis. From here Tok E Chu, Tok Tinggi, their son Tok E Long and daughter-in-law Tok Timah became active in promoting this craft. They taught their expertise to the residents of Kampung Kechor until the industry grew healthily and provided an additional occupation together with their traditional farming. 

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, Februari 20, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan