Pengkaji arkeologi telah menemui
pelbagai bentuk dan saiz tembikar di dalam Gua Niah, Sarawak. Berdasarkan reka
corak dan cara pembuatannya yang kasar, dipercayai bahawa tembikar ini telah
dihasilkan manusia yang hidup pada Zaman
Batu. Kegiatan membuat tembikar ini diteruskan oleh masyarakat etnik Sarawak
terutamanya dari suku kaum Iban yang menghasilkan tembikar Iban.
Proses pembuatan
tembikar Iban ini mempunyai persamaan dengan cara pembuatan tembikar di
Semenanjung. Tanah liat yang banyak diperolehi dari tebing sungai dibersihkan
kemudian dikeringkan sebelum ditumbuk sehingga halus. Tanah liat yang telah
ditumbuk halus diayak beberapa kali dan seterusnya diuli dan dibentuk mengikut
kemahiran tangan pembuat tembikar.
Tembikar Iban
kebiasaannya digunakan sebagai keperluan harian dan juga digunakan semasa
menyambut perayaan atau dalam upacara pemujaan dan adat istiadat lain termasuk
pengkebumian. Masyarakat Iban juga menggunakan tembikar Iban sebagai bekas
untuk mewarna benang untuk tenunan kain pua atau pua kumbu.
Archeologists have discovered various sizes and shapes of pottery in
Niah Cave, Sarawak. Based on the coarse design and method of production, it is
believed that these early ceramics were made by people of the Stone Age. This
activity of pottery making has been carried on by the ethnic communities of
Sarawak, especially by the Iban tribe who make the now famous Iban pottery.
The process of making Iban pottery has similar characteristics to the
way it is done in the Malay Peninsular. Abundant clay from the river and river
banks is cleansed and dried before it is pounded to a powder form. Then, water
is added and the mixture kneaded before it is shaped by the skilful hands of
the potter.
Iban pottery is used in the tribe’s daily life as well as during times
of celebration or also in traditional and religious ceremonies including
burials. The Ibans also use the pottery as a vessel to colour the threads and
yarns used in weaving their well-known pua kumbu cloths.
Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, Februari 20, 2013
di bawah kategori
Seramik
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan