Batik Blok  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Batik blok dikenali juga sebagai batik terap atau batik pukul yang merupakan salah satu daripada perusahaan seni kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia.  Sejarah perkembangan batik di negara ini dipercayai bermula sejak abad ke 15 Masihi dan terus berkembang terutamanya selepas tamat perang Dunia Kedua.  Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini.  Batik keluaran tempatan, tinggi mutu ciptaan dan reka coraknya yang mempamerkan  kemahiran dan kehalusan kerja tangan tukang-tukang batik setempat.

Di Malaysia batik dihasilkan menggunakan beberapa teknik, proses dan gaya tertentu dan di antara teknik yang terawal digunakan ialah batik blok.  Proses menghasilkan batik blok memerlukan peralatan utama yang dikenali sebagai acuan atau sarang bunga yang diperbuat daripada kayu.  Acuan atau sarang bunga ini dicelup ke dalam warna hitam dan teknik ini dikenali sebagai Terap Hitam.  Pada tahun 1930an, penggunaan lilin dalam proses menerap mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.  Pembuat blok batik mula menggunakan kepingan  keluli seperti besi dan tembaga untuk membuat sarang bunga.  Reka corak acuan yang diperbuat daripada keluli ini lebih kemas dan halus.  Setiap acuan mempunyai reka corak yang berlainan bagi  menimbulkan kesan ragam hias yang lebih elok dan menarik.

Pengusaha batik blok di Kelantan dan Terengganu memberi cerapan  baru kepada seni kemahiran warisan ini.  Batik  blok diterap di atas pelbagai jenis kain seperti sutera dan organza yang bukan sahaja cantik dijadikan kain sarung tetapi juga sebagai kelengkapan dan perhiasan rumah di samping  mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Batik block is one of the better-known traditional crafts of Malaysia.  It is produced by a process of wax printing and dyeing.  It is believed that batik history in Malaysia began in 15th century and was rapidly developed in 1930s until the end of World War II and it stated in Kelantan and Terengganu.  The locally produced batik cloths are of high quality in terms of design and pattern.  This reflection of the skillfulness of the local craftsmen whose creativity is very much admired.

There are several ways to produced batik.  One of them is batik block or is known as batik terap.  In the early batik history, the blocks were made from wood, which was carved according to the design, which is used to apply or imprint a kind of natural block dye.  This technique is called terap hitam.  In the 1930s, the batik producer from the East Cost introduced the used of wax in batik making.  The producer slowly replaced the wooden block with metal blocks made from zinc, tin or cooper strips.  These metal block are able to produce a quality design and intricate motifs.  Special block are made to print different portions of the cloth such as kepala kain (center panel), kapit kain and badan kain (main part of the batik cloth).

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan