Ukiran Kayu / Woodcarving  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Salah satu daripada ciri yang menarik pada seni bina rumah tradisi di Malaysia ialah seni ukiran kayu.  Hasil ukiran kayu Melayu terutamanya ukiran pada papan banyak menghiasi beberapa bahagian rumah Melayu tradisi dan juga dalam masjid-masjid di Semenanjung Malaysia.  Mereka yang pakar dalam seni ukiran kayu menyatakan bahawa reka bentuk ukiran kayu untuk dinding pintu, tingkap, pemidang, almari atau meja dihasil menggunakan dua teknik asas iaitu ukiran tebuk dan ukiran timbul.

Seni ukiran Melayu melambangkan kemahiran dan kreativiti para pengukir sejak zaman berzaman.  Ukiran kayu yang mampu bertahan sehingga beratus-ratus tahun adalah diperbuat daripada kayu jenis terbaik dan tahan lama seperti cengal, merbau, kempas perak dan kacang hantu.  Jenis kayu yang dipilih lazimnya dikeringkan melalui proses semula jadi.  Berbekalkan pelbagai jenis pisau serta pahat, kayu mulai dipahat, diraut, dipotong, ditebuk, dikikir, diukir, dikorek dan seterusnya digilap dengan menggunakan daun mempelas.  Motif awan larat, sulur kacang, daun petola dan bunga ketumbit adalah antara motif kegemaran yang sering digunakan.  Kerja mengukir memerlukan ketekunan, ketabahan dan ketelitian untuk melahirkan reka bentuk yang bermutu tinggi.

The art of Malay woodcarving symbolizes the skill and creativity of generations of woodcarvers.  These often-elaborate carvings can last several hundred years especially if made of high quality, durable tropical timber such as cengal, merbau and kempas perak.

The chosen timber must be air-dried prior to carving.  Male artisans work in small workshops, often situated within their houses compound.  They use various blade, adze, chisels mallets and other woodworking tools to saw, drill, chisel and carve.  The finished work then polished using coarse mempelas leaves.

Woodcarvings are the best feature of traditional Peninsular Malay wooden houses.  Many old houses and mosques incorporate such woodcarvings in doors, windows, wall panels and even furniture.  Despite the variety of objects, all woodcarving evolved from two techniques: openwork (ukiran tebuk) and raised relief (ukiran timbul).

There are many traditional motifs and designs.  Favoured ones include arabesque-like awan larat (trailing clouds) and sulur (tendrils), or vegetal motifs including leaves and flowers.  Animal-based motifs are rare and even then highly stylized, keeping in line with Islamic prohibitions.

Today, woodcarving is still practiced, albeit with a little more mechanization.  Yet the craft still requires dedication, perseverance and an eye for detail in order to create fine works of art.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan