Songket Sarawak / Sarawak Songket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Masyarakat Sarawak mewarisi kepakaran menenun songket dari masyarakat  Melayu Kepulauan Borneo.  Sebelum menggunakan benang sutera emas, penenun tempatan terlebih dahulu menggunakan benang sutera nanas atau pisang dan diwarna dengan bahan semulajadi (natural dye).  Walaubagaimanapun benang sutera pisang tidak lagi digunakan dalam menghasilkan songket Sarawak.

Songket Sarawak dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kain bertabur atau kain Brunei (bunga bertabur di bahagian badan kain).  Kedua, kain berturus (corak berdiri), jalur emas.  Ketiga kain belatak, corak penuh dan keempat ialah songket biasa atau dikenali sebagai kain lungik, atau dipanggil juga kain songket sutera pisang.

Tenunan dan sulaman ini juga digunakan dalam acara seperti menjadi sheikh gendang, berkhatam Quran serta dalam upacara perkahwinan.  Tenunan digunakan untuk menghiasi ponggor  (pelamin).  Di samping itu ia juga keindahan songket Sarawak  terserlah melalui kelengkapan persalinan tradisi.  Songket Belatak dipakai sebagai tape (sarung) oleh pengantin perempuan dan  dilengkapi dengan kelubung yang menggunakan songket berturus.  Kaum lelaki memadankan sabok (samping) songket berturus dengan baju tradisional.

The Malays of Sarawak state inherited their songket weaving skills from the Malay society of Borneo Isle. Some of these songket were once made from cotton, banana (abaca) or pineapple fibre, coloured with natural dyes. Now, most are made of silk, though abaca and cotton is still occasionally used.

There are four main types of Sarawak songket: kain bertabur or kain Brunei (with scattered motifs on the 'body'), kain berturus (with vertical bands and golden stripes), kain belatak (with a fully patterned 'body'), and kain lungik or  songket biasa or traditionally al so known as songket sutera pisang.

These songket were once used in traditional or religious ceremonies such as sheikh gendang or berkhatam, and for decorating the ponggor (wedding dais). However, it's best known as traditional costumes for both men and women.

Men often wore songket berturus as a sabok, a short sarong that extends to below the kneecaps (though younger men prefer it set above the knees). Brides would wear an elaborate tape (sarong) songket belatak, worn flared with a decorative buckle in front.
A kelubung head covering was sometimes used, or the sarong could be worn as a shawl, or just slung over her baju kurung or kebaya top.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan