Tenun Mogah / Mogah Textile  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Kain tenun Mogah adalah di antara kain tenunan asli Sabah yang diwarisi sejak zaman Dongson di Annam.  Kain ini  digunakan oleh penduduk tempatan dalam istiadat dan upacara perayaan serta perkahwinan.

Kain Mogah dipakai oleh kaum lelaki dari suku kaum Dusun dan kebiasaannya dipadankan dengan baju luar kain satin berwarna hitam dan berlengan panjang.  Ianya dilengkapkan lagi dengan selempang sutera dan berdestar yang diikat seakan-akan tanduk.

Suatu ketika dahulu wanita tempatan memintal dan menghasilkan benang kapas yang digunakan dalam kerja-kerja menenun kain Mugah tetapi kini benang kapas boleh dibeli di kedai-kedai berhampiran.  Benang-benang kapas yang dipasang pada loseng dan pakan perlu dikanji terlebih dahulu.  Kanji yang diperbuat daripada tepung beras ini turut menjadikan kain tenun lembut dan halus.

Kain Mogah pada awalnya ditenun oleh kaum wanita dari suku kaum Bajau dan Irranun.  Kerja-kerja menenun ini amat rumit dan memerlukan kesabaran. Biasanya dalam masa dua minggu penenun hanya dapat menyiapkan kain berukuran sepanjang 300 sm panjang dan 60 sm lebar.  Kain ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan sendiri dan selebihnya dijual kepada kaum Dusun yang menjadikan kain ini sebagai sarung.

Mogah textiles are indigenous to the State of Sabah, and may have been influenced by the prehistoric Dongson culture of Annam.  This hand woven textile is only used for specific ceremonies, celebrations and marriages.

Mogah textiles are worn by men of Dusun ethnic group, traditionally with a long-sleeved, black satin outer garment.  Accessories include a silk sash and a dastar headgear resembling horns.

In the past, only homegrown cotton was handspun into threads to be used in the weaving process; now store-bought threads are preferred.  Both the cotton warp and weft threads must first be starched with rice starch to facilitate the weaving process, traditionally done on a bamboo back strap loom.

Women from the Bajau and Irranun ethnic groups only weave Mogah textiles.  The complex tapestry-like weaves require much time and patience; it takes two weeks for a weave a cloth 300 cm long and 60 cm wide.  These textiles are mostly woven for their own use though the excess is often sold to the Dusun ethnic group who fashion it into sarongs (a tubular garment).  

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan