Anyaman  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni anyaman yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di seluruh kepulauan Nusantara termasuk Malaysia.  Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang dapat dilihat di mana-mana.  Ini tidak menghairankan  kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.

Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman.  Antara tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah pandan, mengkuang, buluh, bemban, rotan, ribu-ribu, daun serdang dan daun sal.  Perbezaan ciri tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman seperti  yang dapat memenuhi keperluan hidup seharian masyarakat tradisi.  

Pembuat anyaman mencerna ilham dan kreativiti hasil dari pengamatannya terhadap alam dan kehidupan yang terdapat di sekeliling mereka.  Melalui kemahiran ini lahir reka corak kelarai bersandarkan alam seperti bunga pecah lapan, bunga cengkih, bunga tanjung, tampuk pinang, siku keluang, tapak harimau dan tulang ikan.   Seni anyaman warisan bangsa jelas mempamerkan kemahiran dan kesungguhan  masyarakat terdahulu.

 Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan