Selayah Kelingkam / Embroidered Shawls  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Seni sulaman kelingkam dipercayai berasal dari negeri Johor tetapi turut diusahakan di negeri Selangor dan Sarawak.  Selayah  bermakna tudung manakala kelingkam ialah nama bagi benang emas yang digunakan untuk menyulam.

Selayah kelingkam telah lama digunakan di Malaysia.  Pada 1840 seorang pengembara telah mencatatkan bahawa wanita Melayu di Kuching, Sarawak gemar memakai  kain selempang bersulam yang disangkut ke bahu atau sebagai tudung kepala.

Tudung ini telah dipakai oleh kaum wanita ke majlis keramaian dan perkahwinan.  Tuan rumah dan tetamu  di majlis-majlis penting menutup kepala dengan selayah kelingkam yang digayakan bersama baju kurung atau kebaya tradisional.  Pada zaman dahulu ia telah digunakan semasa istiadat rasmi di Istana Rajah atau Gabenor Sarawak.  Seseorang pengantin perempuan pula akan memakai selayah kelingkam ketika bertandang ke rumah mentuanya.

Di dalam masyarakat Melayu Sarawak pula, kegunaan terakhir tudung ini membawa kepiluan.  Selayah seorang wanita yang telah meninggal dunia akan dibentangkan di hujung kerandanya.  Sebelum upacara pengebumian, selayah tersebut akan diserahkan kembali kepada anggota keluarga terdekat sebagai tanda kenang-kenangan.

Kelingkam embroidery is thought to have originated from the state Johor but it is also practiced in Selangor and Sarawak.  The Malay name for this embroidered shawl is selayah kelingkam; kelingkam being the type of gold filament couched onto the selayah or shawl.

These embroidered shawls have a long history.  A traveler who had visited Sarawak in 1840 once commented the Malay women in Kuching, Sarawak wore an embroidered shawl either over the shoulder or to cover the head.

Womenfolk to any social gatherings and weddings commonly wore this type of shawl.  The hostess and guests were required to wear it if they were attired in the traditional baju kurung or kebaya (the Malay woman’s costume).  In the past the selayah kelingkam was once worn to official functions held at the Rajah’s or the Governor of Sarawak’s residence.  It was also customary for the bride to wear it when she paid a visit to her in-laws.

The selayah kelingkam is also a symbol of grief among the Malays of Sarawak.  For when a women of Malay descent died he embroidered shawl was placed atop one end of her coffin.  Before burial, the shawl was removed and returned to her closest kin as a memento of her being.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan