Pua Terpanjang Di Malaysia / The Longest 'Pua' in Malaysia  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Kain tenunan pua merupakan hasil kerja tangan suku kaum Iban di Sarawak. Penenun dari Pusat Latihan Betong, Sarawak telah menghasilkan kain pua terpanjang ini yang berukuran 14 inci lebar dan 405 inci panjang.

Enam orang pelatih terlibat dalam menyiapkan kerja-kerja menenun; tiga orang telah menjalankan proses mengirit manakala tiga orang lagi menjalankan kerja-kerja menenun.  Mereka  mengambil masa selama 44 hari untuk menyiapkan keseluruhan tenunan.  Sebanyak lapan intin (gelung) benang  digunakan: dua intin  benang loseng  manakala enam intin benang digunakan pada pakan.

Tenunan pua ini dihasilkan dengan menggunakan teknik tenun ikat yang melibatkan proses  menegi (proses menyediakan benang pakan), mengarap  dan  mengikat (proses sebelum mewarna benang) .  Warna asli dari tumbuh-tumbuhan digunakan dalam proses mewarna benang.

Gabungan motif haiwan, alam semula jadi seperti pucuk paku dan trabai membentuk satu kombinasi motif yang indah dan berseni, menghiasi kain pua terpanjang yang menjadi kebanggaan kaum etnik Iban, Sarawak.

The pua is a warp ikat textile made by the Iban of Sarawak. At 405 inches long and 14 inches wide, this particular pua is the longest made in Malaysia. It took 44 days for weavers from the Belong Training Center in Sarawak to make this pua in 1994.

Six apprentice weavers were involved in this project - three concentrated on setting up the warp threads (the mengirit process), while the other three took turns weaving it. A total of eight intin or hanks of thread were needed, two for the warp and six for the weft.

Traditional tie-dye techniques were used in the making of this unusually long piece. First, the warp (longitudinal threads) had to be prepared using the following process: mengarap (setting up the warp), menegi (preparing the warping frame), and mengikat (tying the resist). The prepared warp was then dyed using natural dyes of plant origin.

The combination of motifs decorating this pua include those derived from the natural world such as fern shoots, and stylised objects such as the trabai shield motif.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan