Teunan bercorak ialah hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng yang berwarna. Tenunan bercorak dibahagikan kepada tenun benang kapas atau benang sutera. Di samping itu, terdapat benang emas yang diselitkan untuk menimbangi motif jalur atau garis kecil da ini memperlihatka keindahan tenunan bercorak.
Kepelbagaian dan keindahan sarung tenunan bercorak dibahagikan kepada kain corak melintang, memajang, ragi, corak Rawa (Bugis) dan corak Muar. Corak ini juga muncul di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Pahang sendiri terkenal dengan istilah tenunan sutera pahang yang dipercayai telah dibawa masuk ke Pahang pada abad ke 17 oleh orang-orang bugis.
Jenis-jenis tenunan ini disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan ragam hiasnya adalah bersifat sederhana. Tenunan corak Mandar adalah menggunakan corak kotak yang lebih halus dengan susunan warna yang lebih gelap seperti warna merah hati, biru, unggu tua, hijau hempedu, coklat perag dan coklat hitam dan ianya sesuai untuk pakaian lelaki. Tenunan corak Singkang pula menggunakan warna cerah seperti merah, kesumba, merah jambu, hijau serindit, kuning langsat malah berhias corak sogket benang emas, ianya lebih sesuai dipakai oleh golongan wanita.
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, Disember 26, 2012
di bawah kategori
Tekstil
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan