Sarung Batik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sarung batik pula dihasilkan melalui teknik blok dan sutera saring. Kain sarung batik mempunyai pelbagai jenis motif, corak dan warna yang berlainan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan kaki kain. Mengikut tradisi keindahan motif batik terletak pada kepala kain dengan reka bentuk 'pucuk rebung' atau 'lawi ayam'. Motif yag sama digunakanpada bahagian kaki kain. Sementara corak badan kain berilhamkan alam semulajadi seperti 'awan berarak', 'teluk berantai', 'mega melayang', 'bintang beralih', 'bunga raya', 'bunga cempaka' dan 'bunga tampuk manggis'.

Cara asas pemakaian kain batik adalah ringkas dan mudah serta diikat dengan pelbagai cara. Selain dijadikan bahasa, kain sarung juga boleh dipakai semasa menyambut perayaan atau untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kain sarung batik dipadankan dengan baju kedah, baju kurung atau baju kebaya yang merupakan pakaian harian wanita tempatan. Sarug batik juga digunakan sebagai kelubung atau tudung kepala bagi wanita-wanita desa yang bekerja di sawah bagi mengelakkan diri dari pancara matahari yang terik.

Di pantai Timur Semenanjung, kaum lelaki yang bekerja sebagai nelayan dan petani memakai semutar atau penutup kepala yang menggunakan kain batik sarung.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan