Sarung Songket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Songket adalah jenis tekstil Melayu yang dihasilkan menggunakan teknik menyungkit benang emas. Benang emas atau perak sebagai pakan (weft) dililit dalam cubaan (needle) melintang di celah benang loseng. Teknik menyungkit meghasilkan benang menghiasi permukaan songket. Oleh itu kerap juga disebut sebagai songket cubaan atau dikenali juga kain berpakan emas.

Umumnya sarung songket dibahagikan kepada empat bahagian iaitu badan, kepala, kapit kepala dan kaki kain. Setiap bahagian tersebut mengandungi motif hiasan yang tertentu. Bahagian kepala kain biasanya menggunakan motif keluk sulur bayang, badan kain pula bermotifkan bunga pecah lapan, bintang dan tampuk manggis.

Songket mendapat tempat yang istimewa dikalangan bangsawan istana. Sehingga abad ke 16 Masihi, songket telah menjadi pakaian rasmi istana dan menjadi kelengkapan utama dalam upacara adat istiadat. 

Sarung songket dipakai dengan baju kurung atau kebaya panjang yang dilegkapi dengan selendang atau kelubung. Ikatan ombak mengalun biasanya digayakan dengan baju kurung manakala baju kebaya digayakan dengan ikata tindih kasih. Selain dijadikan samping, sogket juga digayakan sebagai dastar atau bengkung. Kini songket menjadi peralatan utama dalam istiadat perkahwinan.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, Disember 26, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan