Rotan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Bidalan yang mengatakan ‘tiada rotan akar pun berguna’ memperlihatkan bagaimana pentingnya penggunaan rotan di dalam kehidupan masyarakat tradisional. Tumbuhan kumpulan palma ini  mudah didapati di kawasan hutan yang mengalami iklim khatulistiwa seperti Malaysia.  Ia mempunyai rupa bentuk yang bulat, licin, berkilau dan tahan lama.  Spesis utama ialah rotan manau (calamus manam) dan rotan saga (calamus caesus), rotan batu, rotan bukit, rotan bulan, rotan raja dan rotan gunung.

Penggunaan rotan  telah lama bertapak khususnya dalam masayarakat tempatan. Rotan digunakan  untuk membuat bahan ikatan, pelbagai jenis bakul dan perabot.  Permintaan terhadap produk yang menggunakan rotan semakin meluas dan bagi memenuhi permintaan yang  semakin meningkat ini, rotan telah ditanam di tapak-tapak khas yang lebih tersusun dan terancang.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan