Pandan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Pandan (pandanus) merupakan jenis tumbuhan monokotilidon dalam famili pandanaceae.  Lazimnya tumbuh sebagai pokok berbatang dan hidup merimbun di habitat berair, lembah-lembah, kawasan pantai dan bukit.  Di Malaysia terdapat lebih kurang 37 jenis tumbuhan ini yang hidup subur dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan. 

Kedua-dua tumbuhan  berduri ini  mempunyai perbezaan terutama pada daunnya.  Daun mengkuang lebih lebar, keras dan panjang berbanding dengan daun pandan yang kecil dan lembut.  Oleh yang demikian daun mengkuang sesuai untuk menghasilkan tikar, kajang, tirai dan kajang.  Manakala pandan yang panjangnya  sekitar dua atau tiga hasta  sesuai dianyam menjadi tikar, bakul hiasan seperti rombong dan hiasan dinding. 

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia 

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan