Buluh
yang tergolong dalam famili rumput (gramineae) merupakan tumbuhan serbaguna yang hidup subur di
hutan di negara ini. Terdapat hampir 100 spesis buluh yang terdiri
daripada pelbagai jenis (genera). Bagi
masyarakat tradisional buluh amat berguna untuk menghasilkan pelbagai
kelengkapan untuk kegunaan harian,
sebagai sumber makanan dan bahan dalam perubatan tradisional.
Spesis
buluh yang sering dijadikan produk kraftangan antaranya buluh duri (bambusa
blumeana), buluh minyak (bambusa
vulgaris), buluh semantan (gigantochloa ligulata) dan buluh semeliang
(schizostachyum grande). Bilah-bilah buluh diraut dan dijalin menjadi bakul, perangkap ikan dan lain-lain
peralatan dapat memenuhi keperluan
harian.
Tumbuhan
ini sering juga dikaitkan dengan unsur-unsur mitos masyarakat
Melayu antaranya buluh betang atau buluh betung
(dendrocalamus aspera) dan buluh perindu (bambusa magical rild). Buluh
nipis atau buluh kasap (schizostachyum zollingeri), batangnya yang nipis
dengan ruas yang agak panjang dijadikan buluh lemang, manakala miangnya
digunakan dalam penyediaan racun. Buluh
cina atau buluh pagar (bambusa glaucescens) biasa ditanam sebagai tanaman
ornamental dan pagar di sekeliling rumah.
Adalah dipercayai juga pucuk rebung buluh ini direbus berserta ramuan lain dan
digunakan untuk menggugurkan kandungan.
Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Khamis
, Khamis, Disember 27, 2012
di bawah kategori
Hasil Rimba
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan