Bemban  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Tumbuhan herba ini tergolong dalam famili marantaceae  dan hidup liar di kawasan tebing sungai dan  kawasan berair.   Batang bemban yang mencapai ketinggian sehingga empat meter dari permukaan tanah amat berguna dalam menghasilkan pelbagai produk kraf.  Kulit bemban yang lebih lembut daripada rotan diraut dan dianyam bakul, tikar dan kelarai.  Selain daripada itu juga tumbuhan ini dipercayai digunakan dalam pembuatan ubat-ubat tradisional.  Jus daripada batang bemban digunakan sebagai penawar kepada gigitan ular dan keracunan darah .  Dipercayai juga air  dari daun mudanya boleh mengubati sakit mata. 

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan