Pandai Besi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni Pertukangan Besi berbeza daripada pertukangan tembaga dan lai-lain logam. Barang yang diperbuat daripada besi lebih merupakan alat-alat senjata dan alat-alat yang digunakan oleh manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antara alat-alat senjata yang dihasilkan termasuklah keris, parang, pisau, cangkul, lembing dang sebagainya. Setiap pandai besi mempunyai kebolehan dan kepakaran tersendiri bagi mengikut kehendak penempa.

Mengikut kehendak Winstedt, pertukangan besi bukanlah suatu yag asing di kalangan masyarakat Melayu kerana mereka telah menggunakannya sejak berabad-abad silam. Dari segi sejarah pula, keris adalah produk pertukangan Melayu sejati dan berasal dari rantau ini.

Oleh yang demikian, keris merupakan senjata utama yang dibuat oleh pandai besi. Kemasyhuran keris juga lebih menonjol dikalangan masyarakat Melayu berbanding senjata lain. Nilai estetik, imaginasi dan kepercayaan kebatinan terkandung dalam seni pembuatan keris.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, Disember 26, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan