Buluh atau nama botaninya Bambusa SP tergolong di dalam keluarga rumput tinggi (Gramineae) seperti lalang, tebu, jagung dang sebagainya. Buluh atau bambu atau aur tumbuhan subur di kawasan tropika berdaun lebat dan batangnya boleh memanjang sehingga 30 meter. Buluh yang tumbuh secara berumpun (simpodial) atau tunggal (monopodial) ini banyak terdapat di kwasan berhampiran tebing sungai, di tanah rata hingga ke lereng-lereng bukit.
buluh mempunyai pelbagai kegunaan amat rapat dengan tamadun dan peradaban masyarakat tempatan. selain dijadikan sebagai salah satubahan utama dalam seni bina rumah tradisional, buluh diraut dan dianyam menjadi kelengkapan ruang dapur. kemahiran dan kreativiti masyarakat tradisi dalam membilang dan menyusun letak bilah-bilah builuh berjaya menghasilkan perlbagai produk kraf seperti bakul , dulang, nyiru, tudung saji yang dapat memenuhi keperluan harian. selain daripada itu, batang-batang buluh terpilih dilentur mejadi pelbagai perabot yang mempunyai nilai estetika tersendiri serta mampu menjana pendapatan kepada perusahaan kraf buluh.
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, Disember 26, 2012
di bawah kategori
Hasil Rimba
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan