Kek Melayu Kelantan / Malay Frame Loom  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kek Melayu adalah alat tenun tradisi orang Melayu yang diperbuat daripada kayu.  Kek ini mempunyai empat (4 ) batang tiang yang menyerupai rangka rumah.  Tempat duduk penenun terletak di bahagian hadapan kek dan kayu pesa digunakan untuk menggulung kain yang telah ditenun terletak di hadapan penenun. Di bahagian hujung kek pula terdapat kayu pasung yang digunakan untuk meletakkan papan benang loseng.


Di bahagian tengah kek tergantung alat karat  yang berfungsi untuk mengangkat benang loseng (warp).  Semasa benang terangkat secara bersilang, benang pakan (weft) perlu dilontarkan dari kiri ke kanan dengan menggunakan torak untuk menghasilkan tenunan biasa.  Selain daripada itu terdapat gigi jentera (sikat) yang berfungsi untuk merapatkan benang-benang yang ditenun  (benang pakan) dan mengawal lebar bidang kain yang dihasilkan.

Bagi menghasilkan motif dan reka corak songket pada kain yang ditenun, sekumpulan benang loseng perlu diangkat oleh benang tambahan (butang) supaya benang emas atau benang berwarna dapat diselitkan.  Teknik ini merupakan tenunan pakan tambahan bagi mencorak kain tenun supaya lebih menarik dan bernilai.

Malay Frame Loom (Kek Melayu) is the traditional loom of the Malays.  It is a larger wooden structure supported by four (4 ) posts vaguely resembling that of a house.  The weaver seated within it, facing the cloth beam (kayu pesa) – a wooden cross bar used to secure the woven cloth.  Kayu pasung (warping board) contains the warp or longitudinal threads.

String heddles or karat are found in the middle of the loom and used to lift the warp threads during the weaving process.  This action creates a shed or opening for the insertion of the weft (latitudinal) threads thrown from torak (shuttle).  A comb – like beater known as the jentera determines the width of the cloth.  Once the shuttle is thrown, the threads are then secured with the beater and the resulting weave is known as a plain weave.

The complex motifs of the songket cloth are the result of adding colored or metallic threads during weaving in a process known as supplementary weft weaving.  This requires the use of additional string loops (butang) to help create intricate pattern in the warp/ it is tedious task and for this reason songket is both highly regarded and highly priced.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan