Kayu  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Hutan-hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kayu seperti kayu cengal (balanocarpus heimii), ,balau atau selangan batu (shorea spp), merbau (intsiapalembanica), tembusu, resak, kayu kapur, kempas, kemuning (murraya paniculatum), jelutong (dyera costulata), meranti,nyatuh dan pelbagai lagi spesis kayu yang amat berguna dalam kehidupan manusia. 

Pada awalnya kayu  menjadi bahan asas kepada  pembinaan tempat perlindungan manusia seperti tiang, lantai, dinding dan rasuk. Di samping itu juga batang-batang kayu ditarah dan dikuir bagi menghasilkan barang keperluan harian seperti kelengakapan rumah, alat perburuan, alat pertanian, alat permainan dan alat muzik.

Peralihan dan perubahan peradaban hidup dalam masyarakat tempatan banyak  mempengaruhi penciptaan peralatan yang pada awalnya hanya untuk memenuhi keperluan dan kegunaan  seharian.  Sesuai dengan naluri  semulajadi manusia yang gemar pada keindahan di samping pengaruh alam sekeliling menjadikan tukang-tukang kraf semakin kreatif dalam menghasilkan kerja-kerja tangan. 

Seni ukiran yang telah lama bertapak di Tanah Melayu pada awalnya banyak menerima pengaruh agama Hindu dan pengukir-pengukir tempatan sering menggunakan motif-motif haiwan, dewa dan tumbuh-tumbuhan sebagai reka corak.  Selepas kedatangan  Islam mempengaruhi dan merubah seni ukiran terutama dari motif, maksud dan tujuan. 

Kemahiran tukang-tukang ukir menghasilkan reka corak ukiran yang halus ini  mendapat perhatian golongan pemerintah pada masa itu sehinggakan mereka diberi layanan dan kedudukan  yang istimewa.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan