Ribu-Ribu  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Ribu-ribu (lygodium) tergolong dalam famili paku pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan lagi.

 Walaupun tumbuhan ini kurang dikenali oleh masyarakat umum, namun penggunaannya amat meluas sejak zaman silam khususnya dalam masyarakat Melayu Kelantan dan Terengganu.  Kreativiti masyarakat tempatan telah menghasilkan pelbagai produk yang dapat memenuhi keperluan harian seperti terendak, bekas tembakau, tali hidung kerbau atau lembu, serkap ikan serta jebak puyuh.  Ribu-ribu yang dijalin di antara kepingan buluh dijadikan sebagai penutup rabung bagi rumah-rumah  Melayu di Terengganu. 

Bagi suku kaum Rungus di Kudat Sabah anyaman ribu-ribu atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai linagoh diusahakan sejak turun temurun. Selain untuk mengisi pelbagai keperluan harian, bekas ribu-ribu ini juga digunakan oleh masyarakat etnik Sabah untuk mengisi mayat.

Kini penggunaan ribu-ribu telah dikomersilkan.  Daya kretiviti pereka tempatan telah menghasilkan reka corak dan reka bentuk baru yang lebih terserlah keindahannya dan dapat memenuhi citarasa pengguna.  

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan