Pakaian Etnik Kadazan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,


Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. 
  • Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.
  • Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.
  • Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).
Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-
  • Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.
  • Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.
  • Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual
  • Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang 

Sumber : 
http://fifyfathia.blogspot.com/2010/10/pakaian-etnik-masyarakat-sabah.html
http://budayapakaiandimalaysia.blogspot.com/2010/08/pakaian-tradisional-kaum-kadazan.html

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori , . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan