Kain Limar Songket / Limar Songket Textiles  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Kain limar songket terbahagi kepada dua jenis iaitu kain sarung dan kain lepas (panjang).  Kebiasaannya kain limar songket berwarna merah, dan ditenun dengan reka corak ikat dengan motif kuntuman bunga yang berbaris.  Terdapat juga kain limar songket yang ditenun menggunakan  corak berbelak-belak atau disebut corak ular sawa.

Benang emas ditenun menghiasi  bahagian kepala dan di kedua-dua punca dan sempadan kain.  Kadang-kala  benang emas menghiasi keseluruhan bunga-bunga tenunan limar atau hanya  diselitkan sedikit sahaja sebagai penyeri kepada tenunan.  Kain limar songket rumit pembikinannya dan cantik hasil kerja tangannya, menyebabkan ia menjadi pakaian  keluarga Diraja.

Kain limar sarung dijadikan sebagai sarung atau kain samping manakala kain limar panjang dipakai sebagai selendang yang lebih dikenali dengan nama selendang limar bersongket. 

The limar songket is a Malay inheritance textile which  using tie-dye techniques in combination with songket, or supplementary weft gold thread patterning. There are two forms of limar songket: the tubular sarong and kain lepas (the long and unstitched cloth).

Limar songket is generally only dyed in shades of red. The ikat tie-dye technique is often used to create rows of floral patterns, or occasionally done somewhat randomly to create the ular sawa (python) pattern.

The woven gold thread patterning is usually confined to the borders and the elaborate kepala ('head of the cloth' for a sarong) or punca kain (end-panels on a kain lepas). Occasionally the songket technique is also used to create floral gold motifs or is used to highlight tie-dyed patterns.

The skill and cost needed to create limar songket textiles meant that these were made exclusively for the royal courts. The limar songket sarong was worn as sarongs or as a samping, a shorter waistcloth for men. Women wore the kain lepas as a shoulder cloth, better known as selendang limar bersongket.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan