Kain Cindai / Cindai Textiles  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Kain Cindai mula dikenali di alam Melayu Nusantara sekitar abad ke 15.  Kain Cindai atau dikenali juga sebagai Kain Patola dipercayai berasal  dari Gujerat, India.  Pedagang India yang beragama Islam telah memperkenalkan Kain Cindai dan kemudiannya berkembang di Kepulauan Melayu.  Ia juga dikenali sebagai ‘Chindhe’, kain Geringsing atau Kain Limar.  Teknik ikat ganda gaya cindai ditenun menggunakan benang sutera atau kapas.

Teknik ikatan ini sangat rumit kerana kedua-dua benang loseng dan pakan harus diikat dan dicelup dengan pelbagai warna secara berasingan.  Warna-warna yang digunakan termasuk warna jingga dan merah kesumba.  Benang yang ditenun menghasilkan ragam hias seperti corak ‘giling kacang’, ‘hujan lebat’, dan corak ‘merpati sekawan’.  Menurut sejarah, Kain Cindai merupakan tekstil pertama yang digunakan oleh anak-anak raja.  Di samping itu Kain Cindai juga digunakan oleh golongan istana sebagai persalinan lengkap pakaian adat seperti bengkung, selendang dan untuk berkemban.  Dalam adat perkahwinan kerajaan Johor-Riau, Kain Cindai adalah tekstil pilihan utama.  Kain ini juga digunakan dalam hampir kesemua upacara adat seperti adat meminang, perkahwinan, kelahiran dan kematian.

Dalam budaya tradisi, telah diperikan tentang Cindai Betina dan Cindai Jantan.  Cindai Betina atau dikenali juga sebagai Cindai Sari agak panjang ukurannya.  Tenunan Cindai Sari lebih kasar dan motif hiasannya lebih kecil.  Kain Cindai ini dipakai oleh kaum lelaki.  Cindai Jantan pula lebih halus, pendek serta mempunyai hiasan bunga besar.  Ianya digunakan oleh kaum wanita sebagai kain pengikat pinggang. 

Cindai are double ikat Indian trade textiles, which first made their appearance in the Malay World in the 15th century. Better known as patola, this textile originated from Gujerat in India, and was brought into this region by Indian Muslim traders. The Malays refer to these prized cotton or silk textiles as cindhe or gerinsing.

The double ikat technique used to pattern these textiles is extremely difficult to do: both the warp (longitudinal threads) and weft (latitudinal threads) must undergo several tie-dye sessions. Common colours include shades of red, brown and orange, while common motifs were given local names including giling kacang, hujan lebat and merpati sekawan.

The Malays could distinguish two forms of cindai: cindai betina (female cindai) and cindai jantan (male cindai). Cindai betina is also known as cindai sari and was comparatively coarser, longer with smaller motifs and worn by men.  Cindai jantan was much finer, shorter and had larger motifs, and was worn by women around the waist.

These textiles are highly prized and were often used in the royal courts for almost every ceremony or ritual: from engagements to weddings, from birth to death. It was the first textile used by royal children. It could be fashioned into ceremonial costumes such as a bengkung corset, shoulder cloth, and as a kemban chest wrap. It was also the textile of choice for weddings in the Johor-Riau Sultanate.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 27, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan