Keris merupakan senjata warisan bangsa,
dipercayai telah digunakan sejak lebih 700 tahun yang lalu. Pemikiran dan pendirian empu keris atau
tukang keris bersandarkan resam dan
budaya masyarakat telah disempurnakan ke dalam ciptaan senjata tradisional
ini. Kemahiran tukang keris mempamerkan
kehalusan seni ukiran pada hulu dan permukaan sarung keris yang diperlengkap
dengan ukiran emas atau perak menyerlahkan lagi penampilan keris sebagai
senjata yang disanjung tinggi. Keunggulan
dan kehebatan keris ini sering dikaitkan dengan keberanian, kekuatan, kekuasaan
dan maruah. Keris Semenanjung, Keris
Pekaka, Keris Panjang, Keris Bali, Keris Madura, Keris Jawa, Keris Bugis dan
Keris Sundang antara tinggalan warisan yang mempamerkan jati diri bangsa.
Sumber : Bahagia Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Khamis
, Khamis, Disember 27, 2012
di bawah kategori
Logam
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan