Anyaman Ribu-Ribu  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ribu-ribu (lygodium) yang tergolong dalam famili paku pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali di kalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas pada zaman silam terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas tembakau, tali hidung kerbau atau lembu, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan belahan buluh.

Kini penggunaan ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan berbanding dengan negeri Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman ribu-ribu atau dikenali dengan panggilan Linagoh di Sabah masih diusahakan secara turun temurun oleh suku kaum Rungus terutama, di daerah Kudat. Kini kemahiran ini telah mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu yang biasa digunakan oleh kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.

Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1993 ISBN 983-99654-8-4

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 17, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan