Senjata Tradisional Masyarakat Sarawak / Tradisional Weapons of Sarawak  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : ,

Sarawak mempunyai pelbagai jenis senjata tradisional seperti mandau (parang ilang), tombak, perisai dan sumpit. Parang Ilang digunakan oleh lelaki kaum Iban yang dahulunya cukup digeruni sebagai pemburu kepala. Parang nyabur pula digunakan oleh kaum Dayak Laut. Senjata yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh pula ialah lembing, tombak, pandat (sejenis parang), sumpit, jepur (seakan samurai) dan rira (meriam kecil).

Senjata tradisional ini mempunyai pelbagai hiasan. Pemegang pedang biasanya diukir dan dilengkapi dengan sarung kayu atau kulit. Manik, cengkerang dan gigi haiwan turut digunakan sebagai hiasan.

There are many types of traditional weapons in Sarawak, such as Mandau or Parang Ilang (a type of machete), tombak (pike), perisai (shield), and sumpit (blowpipe). Parang Ilang is used by the Iban men which  is well-known for their bravery as a head-hunter. Parang Nyabur is used by the Dayak Laut. While the Bidayuh use spear, jepur (akin to samurai's weapon), and rira (small canon).


The traditional weapons are adorned with decorations and carvings. Usually the hilts of the swords are carved. The weapon's sheaths are made from wood or animal skin. Normally the hilts of the weapons are adorned with beads, shells and animal tooth.



Sumber : Pameran Ukiran dalam Senjata, Muzium Kraf Kuala Lumpur

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, Februari 25, 2013 di bawah kategori , . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan