Ukiran Topeng (Mask Carving)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Ukiran topeng merupakan inspirasi Orang Asli berdasarkan dunia spiritual mereka yang penuh dengan kuasa ghaib sama ada baik atau jahat. Segala cerita mitos dan legenda zaman lampau ini diterjemah melalui ukiran topeng. 

Topeng hanya diukir oleh suku kaum Mah Meri daripada kelompok Senoi. Dahulu kayu Pulai iaitu sejenis kayu lembut biasanya digunakan untuk membuat topeng. Tetapi kini kayu tersebut semakin sukar ditemui dan sebagai ganti pengukir menggunakan ‘nyireh batu’ yang berwarna kemerah-merahan untuk menghasilkan topeng. 

Kaum Mah Meri mengukir topeng sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang mereka yang dianggap berkuasa dan patut dihormati. Perkataan “Moyang” yang digunakan pada setiap patung merujuk kepada nenek moyang mereka yang dipercayai menjadi pengawal kepada kesejahteraan hidup.dan berkuasa menjatuhkan hukuman. Hukuman yang diterima seperti penyakit, sukar memperolehi hasil buruan, tanaman tidak menjadi dan anak yang dilahirkan tidak sempurna. 

Justeru itu bagi mendamaikan Moyang, upacara keagamaan dan pemujaan yang disertai dengan tarian. Penari-penari lelaki akan memakai topeng moyang-moyang terkenal dan berpengaruh dalam kehidupan mereka seperti Moyang Bajas, Hapok, Belangkas, Pelangi dan banyak lagi. 

Mask carving is an art inspired by the spiritual world of the Orang Asli, a world filled with supernatural forces - both good and evil. Mask makers help visualise. Various folk tales, myths and legends of the olden days are transformed through the masks. 

The Mah Meri of the Senoi group is the only group who carves wooden masks. Masks were originally made from Pulai wood, a lightweight whitish wood ideal for mask making. Unfortunately, its increasing rarity has caused carvers to use Nyireh Batu wood, a reddish hardwood. 

The Mah Meri carves masks as a sign of reverence to their ancestors who are regarded as powerful and should be revered. The word “Moyang” used for every mask refers to the ancestors who are believed to be the guardians in safe guarding their peaceful existence and in meeting out punishments. Punishments handed out such as sickness, difficulty in hunting task, failure in planting crops and children at birth. 

Thus to help appease the "Moyang", religious ceremonies and rituals are carried out together with dance performance. Male dancers would wear masks depicting the more well-known and influential ancestral spirits such as Moyang Bajos, Moyang Hapok, Moyang Belangkas, and Moyang Pelangi.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, Februari 20, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan