Batik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Perkembangan industri batik yang mengalakkan di samping reka bentuk fesyennya yang bermutu telah menyemarakkan penggunaan batik masa kini. Batik ialah jenis tekstil yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Dahulu, corak batik berbentuk titik-titik. Corak–corak itu berubah mengikut masa malah kini boleh direka menggunakan kaedah komputer. Corak-corak yang dilukis itu bermotifkan flora, alam dan fauna serta bentuk geometri. Batik salah satu daripada cabang seni yang menunjukkan kehalusan budaya dan kesenian orang Melayu. Antara jenis batik yang dihasilkan ialah batik canting, batik blok atau terap dan batik skrin atau sutera saring.

The innovative designs and new materials used in contemporary batik have contributed to the overwhelming demand and popularity of this craft textile. The diverse applications of batik have established batik as one of the fashion world’s mainstreams. Batik is a process where a cloth is masked with wax and the spaces in between painted in vibrant colours. In the olden days, batik patterns were composed using dots. These patterns evolved into the current style, while some are now even computer generated. Motifs depicted in the patterns are inspired from nature and flora, fauna and geometrical forms.  Batik is one of the fine arts that define Malay culture. Amongst the popular batik methods are batik canting (hand drawn), batik blok or terap (stamping), and batik sutera saring (silkscreen).

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Februari 21, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan