Seni pertukangan perak adalah satu daripada cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam oleh orang-orang Melayu dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga.
Barangan perak yang dihasilkan terbahagi kepada 3 jenis iaitu barang-barang kasar (serbaguna), barang-barang filigree serta barang-barang perhiasan ikatan permata.
Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada hasil karya itu, malahan juga pada penciptaan satu-satu motif yang terselindung di sebalik mengikut daya imaginasi jiwa pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita.
Berbagai-bagai motif bunga-bungaan terdapat di dalam pertukangan perak filigree seperti bunga-bungaan terdapat di dalam pertukangan perak filigree seperti bunga matahari, bunga cempaka, bunga orkid, bunga mawar dan lain-lain motif moden dalam reka corak pertukangan barangan filigree.
Rekaan motif pada barangan perak filigree bukan sekadar hiasan sahaja tetapi juga adalah manifestasi falsafah budaya Melayu melalui hasil cipta yang penuh simbolik.
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1994 ISBN 983-9196-00-6
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 1994 ISBN 983-9196-00-6
Artikel ini telah ditulis pada
hari Selasa
, Selasa, April 17, 2012
di bawah kategori
Logam
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan