Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan atau tengkujuh. Para petani akan memulakan kerja sawah dengan menyediakan tapak-tapak semaian dan petak-petak sawah. Keadaan tanah yang lembut dan ditakungi air memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penyemaian benih padi.
Peralatan seperti tajak, sisir, cangkul dan sabit diguakan untuk membersih dan membentuk batas serta petak sawah, manakala tanah digembur dan dibalik-balikkan supaya menjadi lebih halus dan rata menggunakan tenggala, bajak, sisir dan tenggiling. Peralatan tradisioal ini pada awalnya menggunakan kudrat dan tenaga tulang empat kerat si petani tetapi lama kelamaan beralih kepada penggunaan tenaga binatang ternakan seperti kerbau dan lembu untuk memudahkan lagi kerja-kerja membajak dan menyisir tanah sawah.
Para petani juga perlu memastikan petak-petak sawah mereka ditakungi air, hujan secukupnya sebagai penyediaan semaian dan penanaman padi. Selepas kira-kira 30 hari hingga ke 50 hari, anak-anak semaian yang subur akan dipindahkan ke petak-petak sawah. Anak-anak padi ini ditanam dengan menggunakan tangan atau menggunakan sejenis alat yang dinamakan kuku kambing. Penanaman padi ini biasanya dilakukan oleh kaum wanita secara bergotong royong.
The traditional farmers began their planting activities during the rainy or monsoon season, The farmers would start by preparing the fields and seedling beds. The soft soil flooded by rainfall made clearing and preparation of seedling beds and paddy fields easier.
Equipments such as hoe and scythe / sickle were used to clear and shaped the bunds and paddy fields, while the soil were soften and smoothen with the help of tools such as plough, hoe and tenggiling. These traditional tools were earlier manned by humans but later on cows and water buffaloes were use to plough and smoothen the fields.
The farmers must also ensure that the paddy fields were adequately flooded with rain water when preparing the seedlings beds and also for paddy planting. After 30 to 50 days, the good and healthy seedlings were transplanted to the paddy fields. These seedlings were sown by hands or by using a special tool called Kuku Kambing. Paddy planting was usually carried out by groups of village women.