Perahu Mini Tradisional Terengganu / Terengganu Traditional Boat Miniatures  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Perahu adalah alat pengangkutan air paling penting pada suatu ketika dahulu. Perahu tradisional adalah perahu tanpa enjin dan mungkin memiliki layar. Di alam Melayu, perahu adalah perkataan Melayu merujuk kepada semua jenis kenderaan air tanpa mengira saiz atau bentuk. Tempat membuat perahu paling terkenal di Semenanjung ialah di Duyong, Terengganu. Antara kegunaan perahu ialah untuk memukat hasil laut di laut dalam, membawa penumpang dan mengangkut barang. Terdapat pelbagai jenis replika perahu antaranya Perahu Payang, Perahu Kolek Kuel, Perahu Kajangan, Perahu Sekoci dan Perahu Kolek Lincang.

A boat has served as transportation since early days. Traditional boat is unpowered and may have a sail. To the Malays, boat refers to all kinds of water vehicle regardless of size or shape. In Malaysia, the most famous place where boat is made is in Duyong, Terengganu. Boats are use for deep-sea fishing and also to carry people and goods. There are various kind of boat replicas made such as Payang, Kolek Kuel, Kajangan, Sekoci and Kolek Lincang.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Pembuat Kasut / Shoe Making  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kasut adalah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getah, kulit, kain, dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai aktiviti. Kasut wanita 100% buatan tangan menggunakan material berkualiti diimport dari luar negara iaitu fabric P.U untuk Upper. Upper merupakan permukaan atas kasut yang juga dipanggil ‘Muka’ kasut. Bahagian tumit atau tapak pula diperbuat  daripada Kayu Pulai dan bahagian muncung kasut diperbuat daripada E.V.A (sejenis getah) supaya tapak kasut lebih selesa dan lembut apabila dipakai. Bahagian tapak paling bawah diperbuat daripada Rubber Sole dan Nylon (sejenis getah) supaya tidak cepat haus dan tidak licin.


A shoe is a kind of footwear usually made of rubber, leather, cloth and other materials to cover the human feet. It is intended to protect and comfort the feet while doing various activities. The upper of a 100% handmade women’s shoes are made from quality imported materials such as PU fabric. Upper surface of a shoe is also called the ‘face”. The heel or the sole is made from Pulai wood. EVA, a type of rubber, is used as insole because it feels comfortable and soft when worn. The outsole is made from rubber and nylon for durability and non-slip.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Gambus  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Gambus merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan dengan cara dipetik. Alat muzik ini berfungsi sebagai pengiring tarian zapin dan nyanyian semasa majlis perkahwinan atau acara  majlis kesyukuran. Alat muzik ini berdasarkan nyanyian berunsur islam. Dalam mengiringi penyanyi, alat muzik ini juga diiringi dengan alat muzik lain seperti marwas untuk memperindah irama sesuatu nyanyian. Bentuknya yang unik seperti bentuk buah labu siam atau labu air menjadikannya mudah dikenal. Alat muzik gambus juga dianggap penting dalam nyanyian Ghazal yang berasal dari Timur Tengah pada masa kesultanan Melaka.


Gambus as well as guitar is a played by picking its strings. Its function is for accompanying song and Zapin dance at a wedding reception or kesyukuran (Malay thankfulness party). However, gambus is identified as the accompaniment music of Islamic songs. In accompanying the singers, gambus is not the single music played, but another music such as marwas (type of musical instrument resembling small drum) is also played in order to make the song rhythm more beautiful. The Malay people know gambus very well due to its unique shape that resembles sechium edule. In the Malacca Sultanate era, this music was deemed as the music which accompanied Ghazal song that originally came from the Middle East.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Cincin Perak (Teknik Tulang Sotong) / Silver Rings (Squid Bone Technique)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Barang kemas perak adalah perhiasan yang digunakan untuk merias atau mempercantik diri terutamanya kaum wanita dan diperbuat menggunakan bahan Perak. Antara barang kemas yang dihasilkan terdiri dari cincin, kalung, gelang, loket dan anting-anting. Salah satu teknik yang digunakan untuk menghasilkan aksesori cincin perak adalah teknik tulang sotong. Proses menggunakan teknik ini dimulakan dengan menyediakan ‘master mould’ yang digunakan sebagai contoh untuk mengukir tulang sotong. Tulang sotong yang telah siap diukir kemudiannya dituang dengan bahan perak yang telah dilebur untuk menghasilkan cincin separuh siap. Cincin tersebut kemudiannya dikemaskan dan dikilatkan sebagai produk akhir.

Silver jewelry is jewelry that is used to make up or beautify themselves, especially the women and are made using silver. Among the jewelry produced consists of rings, necklaces, bracelets, pendants and earrings. One of the techniques used to produce silver rings accessories is technique cuttlefish bone. The process of using this technique was started by provides a master mold that was used for cuttlefish bone carving. Completed cuttlefish bone carved then poured in silver material that was melted to produce semi-finished rings. Ring is then finished and polished as the final product.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Sangkar Burung / Birds Cage  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pada kebiasaannya sangkar burung secara keseluruhan termasuk jeriji diperbuat daripada rotan, buluh, kayu dan plastik. Sangkar burung digunakan sebagai rumah atau tempat tinggal burung samada secara berkumpulan atau seekor sahaja. Dalam pembuatan sangkar burung di Malaysia terkenal menggunakan kayu jenis nyatoh, meranti dan jelutung kerana kayu tersebut mudah dilentur, ringan dan tahan lama. Bahagian badan sangkar disusun bilah kayu dengan jarak yang rapat untuk memudahkan burung menggenggam atau mencakuk sangkar agar ia dapat berkomunikasi dengan burung yang akan dipikat. 

Normally, the whole bird cage including grille made ​​from rattan, bamboo, wood and plastic. Bird cages used as a home or dwelling birds either a group or alone. In manufacturing of bird cage in Malaysia, normally there are using wood types nyatoh, meranti and jelutung because wood is flexible, lightweight and durable. Cage body parts compiled wood blade with close proximity to facilitate grasping or hooking bird cage so that it can communicate with the birds to be courted.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Mata Pisau / Blades  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni kemahiran kraf besi telah diusahakan oleh tukang besi atau Pandai Besi sejak ratusan tahun yang lalu. Besi ialah logam yang biasa digunakan berbanding perak, tembaga atau emas. Antara senjata yang dihasilkan menggunakan besi ialah pisau. Pisau ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memotong. Pisau terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bilah pisau dan gagang atau pemegang pisau. Bilah pisau diperbuat daripada logam pipih dan tajam di bahagian tepinya (mata pisau) manakala pemegangnya berbentuk memanjang agar mudah dan senang untuk digenggam. Secara umumnya pisau menyerupai pedang, bezanya adalah bilah pedang lebih panjang daripada bilah pisau. 

Iron art craft skills have been developed by clever iron or blacksmith since hundreds years ago. Iron is a common metal compared silver, copper or gold. Among the weapons were produced using a steel knife. Knife is a weapon used for cutting. Knives are divided into two main sections and a knife blade or the handle of a knife. Knife blade is made of thin metal and sharp edges (blades) and elongated shaped handle for easy and convenient to be compressed. Generally knife resembling a sword, the difference is longer than the blade knives.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Seramik (Kemasan Painting) / Ceramics (Finishes Painting)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seramik adalah salah satu seni kraf tertua di dunia. Setiap negara mempunyai kraf seramik tersendiri. Tembikar yang telah siap dibentuk dijemur sehingga kering dan kemudian dibakar menggunakan teknik pembakaran biskut. Labu yang telah siap dibakar dibiarkan sejuk di dalam tempat pembakaran. Motif yang sering digunakan ialah motif organik dan geometri. Dahulu labu ini digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman. Fungsi dan kegunaan produk seramik telah berubah mengikut perkembangan semasa. Selain untuk memenuhi keperluan harian, seramik rekaan kontemporari menjadi item dekorasi dan hadiah cenderamata yang eksklusif. Terdapat teknik lukisan atas permukaan seramik. Ianya dihasilkan dengan melukis dan mewarna reka corak di atas permukaan seramik mengikut kreativiti. 

Ceramics is one of the oldest craft in the world. Each country has its own ceramic crafts. The finished molded pottery hung up to dry and then burned using biscuits burning techniques. Flared gourd has cooled completion of the crematoria. Motif that is often used is organic and geometric motifs. This gourd formerly used as a container of drinking water. Function and use of ceramic products has evolved throughout the years. In addition to daily needs, ceramic contemporary design into decor items and exclusive souvenirs. There are techniques of painting on ceramic surfaces. It is produced by drawing and coloring design patterns on the ceramic surface by creativity.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013