Masyarakat Bajau Semporna bukan sahaja mahir dengan warisan kraf lepa-lepa malahan mereka juga mewarisi kemahiran membuat kraf tembikar seperti dapur tanah yang dipanggil lapohan. Selain itu, mereka juga berkemahiran membuat barangan tembikar lain seperti periuk, bekas air, belangan (lupo') dan bekas perasap (tuntungan).
Masyarakat Kelambit yang tinggal di Tanah Tinggi Bario dan masyarat Lun Bawang yang tinggal di Lawas dan Bakelalan turut mempunyai kemahiran membuat tembikar tradisional. Dua jenis tembikar yang diusahakan iaitu kudin dan tuning.
Nuan atau pasu Iban adalah tembikar tradisional yang diusahakan oleh masyarakat Iban di Sarawak. Proses pembuatan nuan mempunyai persamaan dengan cara pembuatan tembikar di Semenanjung. Nuan menjadi peralatan utama semasa sambutan hari perayaan, upacara pemujaan dan adat istiadat termasuk semasa pengebumian. Selain daripada itu tembikar Iban turut dijadikan sebagai bekas untuk mewarna benang yang digunakan dalam tenunan kain pua atau pua kumbu.Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Kampug Alor Merah, Sungai Dua di Seberang Perai, Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat perusahaan tembikar. Walaupun asal-usul pembuatannya tidak dapat dikesan, namun perusahaan tembikar di sini berkembang pesat. Dipercayai periuk dan belanga yang dihasilkan oleh pembuat tembikar di daerah ini mempunyai persamaan dengan hasil tembikar yang diusahakan oleh masyarakat India.
Perlis pada suatu masa dahulu juga tidak ketinggalan dalam perusahaan seramik kerana faktor kesesuaian tanahnya. Perusahaan ini dipercayai bermula sekitar tahun 1820 dan diperkenalkan oleh sepasang suami isteri, Tok E Chu dan Tok Tinggi, yang berasal dari Sentol, Selatan Thailand. Kemahiran membuat tembikar telah diajar kepada penduduk-penduduk Kampung Kechur. Sejak itu, perusahaan membuat tembikar semakin berkembang dan menjadi pekerjaan sampingan penduduknya selain daripada bertani.
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Tembikar Mambong mempunyai sedikit perbezaan daripada tembikar tradisional lain. Tanah liat yang digunakan untuk membuat tembikar ini dicampur dengan pasir-pasir halus yang secara tidak langsung menyebabkan terdapat kilauan pada tembikar yang dihasilkan. Tembikar Mambong juga mendapat namanya dari tempat ianya dibuat iaitu di Kampung Mambong, Kuala Krafi, Kelantan. Belanga, periuk, buyung, kukusan dan bekas perasapan adalah di antara produk yang dihasilkan.Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Tembikar Tembeling masih diusahakan hingga kini di Kg. Pasir Durian yang terletak dalam mukim Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang. Hasil warisan seni tangan ini memperlihatkan bentuk yang menarik dan indah. Terenang umpamanya, mempunyai persamaan dengan produk yang diperbuat daripada logam khususnya tembaga. Perusahaan tembikar Tembeling turut menghasilkan belanga, bekas perasapan dan tempayan. Barangan ini digunakan untuk memasak, menyimpan air ataupun untuk tujuan adat serta keagamaan.Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Mukim Sayong yang terletak dalam daerah Kuala Kangsar, Perak sinonim dengan pengeluaran tembikar tradisional dikenali sebagai labu sayong. Labu yang bewarna kehitaman ini mempunyai rupa bentuk yang diilhamkan daripada buah labu. Setelah dibentuk, labu dibakar pada suhu dan jangka masa yang ditetapkan. Labu yang masih panas dimasukkan ke dalam timbunan sekam padi. Warna labu bertukar menjadi kehitam-hitaman. Dahulu labu hitam ini dijadikan sebagai bekas menyimpan air minuman kerana dipercayai bahawa air yang disimpan di dalam labu sayong ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, 2009 ISBN 987-983-9196-60-3
The batik canting or hand drown batik refers to the way the cloth is coloured using brushes (as opposed to immersion dyeing). The cloth is first streched taut on a purpose-built metal stretcher. Wax is applied freehand using a pen-like waxing implement called the canting. The different waxed sections are coloured in by hand, allowing for subtle colour gradations and blends.
A wider variety of cloth such as cotton, rayon, voile and silk are used by the batik producers. The types of motifs and designs vary though most are vegetal or geometrical in nature; these are often dictated by current fashion trends. While men dominate the production of hand-printed batik, women seem to excel in boh the waxing and dyeing of hand-drawn batik.Pameran Ragam Hias Tenunan
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Broshur / Pameran / Promosi
The Centre For Malay Manuscripts
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Broshur / Pameran / Promosi
Kemahiran menenun kain tenun Pahang dibawa masuk dari Riau atau Sulawesi pada abad ke-16. Benang kapas dan sutera digunakan untuk menenun kain sarung atau sampin. Benang-benang di warna menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti daun tarum (biru) kulit sepang (merah) dan kunyit (kuning). Buah belimbing dan asam gelugur dijadikan sebagai bahan untuk mematikan warna.
Kain songket lambang kehalusan seni kemahiran tangan warisan yang menjadi kemegahan bangsa telah lama bertapak dalam budaya tradisi kita. Berasal dari perkataan ‘sungkit’ iaitu ‘teknik menyungkit’ benang loseng (wrap) dengan benang pakan (weft) terdiri daripada emas, perak atau benang warna mengikut reka corak yang diperlukan.Tekatan Benang Emas (Gold Thread Embroidery)
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Tekstil





























