Manik  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Manik merupakan  perhiasan diri yang digemari dan masih digunakan oleh masyarakat etnik di Kepulauan Borneo.  Untaian manik menjadi hiasan pilihan pada pakaian  tradisional selain daripada perhiasan perak. 

Hiasan manik banyak digunakan oleh suku kaum etnik di Sarawak seperti Orang Ulu (kaum Kayan dan Kenyah), Lun Bawang, Kelabit, Iban, Bidayuh dan Melanau.  Manakala di Sabah manik amat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun, Rungus dan Murut.

Pelbagai jenis manik yang sering digunakan antaranya manik yang diperbuat daripada gigi binatang, tulang, cengkerang dan serpihan logam.  Manik yang diperbuat daripada serpihan kaca dan batu permata diperkenalkan sekitar abad ke 16 oleh pedagang luar terutamanya dari Negara Eropah, Venice dan Behormia.

Manik menjadi perhiasan diri yang dipakai sejak dahulu kerana ianya melambangkan status dan kemewahan seseorang.  Manik juga dijadikan sebagai pertukaran mata wang dan hantaran perkahwinan.

Sehingga kini kegiatan membuat kraf manik masih dijalankan oleh penduduk tempatan di Sabah dan Sarawak.  Manik-manik dijahit dan disulam indah menjadi perhiasan pakaian, tali pinggang, hiasan kepala, bakul dan keperluan harian lainnya.

Sumber : Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 17, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan