Seni Kraf Logam  

Ditulis


Seni kraf perak, tembaga dan besi adalah antara pertukangan kraf warisan logam yang masih kekal diusahakan sehingga kini di Malaysia. Penggunaan bahan, alat kelengkapan dan kepelbagaian teknik pembuatan membantu mendorong tukang kraf tempatan menghasilkan barangan seni kraf dalam pelbagai rupa bentuk dan kegunaannya. Kegagahan serta kreativiti para tukang logam terserlah melalui teknik-teknik pembuatan barangan kraf secara tradisional seperti  teknik penghapusan lilin dalam penghasilan kraf tembaga, teknik tempa bagi menghasilkan mata senjata atau keris dari logam besi serta teknik memahat dan teknik pintalan dawai bagi barangan kraf perak. Kesederhanaan tukang kraf dalam menghasilkan reka bentuk dan kreativiti mengadun jalinan motif menonjolkan identiti seni warisan kraf Melayu. Hasil pertukangannya yang tidak keterlaluan dalam memperlihatkan kemahiran juga kemampuan mengadun rupa bentuk, motif atau corak menggambarkan keharmonian dan tatatertib dalam sebuah peradaban. Antara hasil barangan seni kraf warisan logam adalah seperti tepak sirih, kendi, pahar, bekas perasapan, kebak laksa, keris, tombak, golok, parang, kelewang serta barangan kemas sebagai perhiasan diri seperti dokoh, kerongsang, pending, gelang kaki, caping dan sebagainya.


The art of silver, brass as well as iron  crafts comprise some of the  craftsmanship on traditional metal crafts  which are still being practiced until the present day in Malaysia. The usage of raw materials, instruments and the multifaceted techniques of production help to stimulate the local artisans in their efforts to produce artistic crafts  in various forms and  functions.

Some of the traditional metal craft products are tepak sireh (betel nut server), jars, stem plates, incense burners, kebak laksa (instrument in producing laksa), kris, spear, parang, kelewang and  jewelries  and  personal adornments such as dokoh, brooches, belt buckle, anklets, chastity belts  and other products.