Seni Kraf Seramik  

Ditulis

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya yang merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat tradisional, yang dijadikan barangan tembikar (pottery), batu bata, jubin dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Seni kraf seramik ini seperti tembikar, kristal, kaca dan batu marmar.

Sumber diperoleh:


Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak. Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.