Seni Kraf Hasil Rimba  

Ditulis



Malaysia bertuah memiliki hasil alam yang dapat menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi rakyat tempatan. Bidang hasil rimba seperti bahan daripada kayu, buluh, rotan, mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun serdang yang gigih diusahakan oleh usahawan kraf tempatan, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.

Sabah adalah negeri yang mempunyai bilangan usahawan kraf bidang hasil rimba yang tertinggi, iaitu melebihi 2,000 usahawan. Selain Sabah, Sarawak juga mempunyai bilangan usahawan yang besar dalam mengeluarkan pelbagai penggunaan produk kraf hasil rimba yang begitu dekat dengan kehidupan seharian. Seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi.