Tekatan (Embroidery)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni tekatan termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekatan juga disebut sebagai suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada disulam ditekat atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

Asal-usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dipercayai sama dengan penggunaan tekstil songket yang didasarkan kepada bahan asanya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupa bentuk ciptaannya. Suatu ketika dahulu, alatan atau hiasan-hiasan yang dihias dengan tekat emas adalah milik istana.

Di perak, seni tekat ini pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Raja permaisuri perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk dan tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk tekat. Seni tekat telah dianggap sebagai hasil kraf tangan walaupun fungsinya masih terbatas dan hanya digunakan untuk istiadat dan upacara-upacara tertentu. Namun seni ini juga berupaya menjadi produk komersial yang berdaya maju.


Embroidery is a form of needlework using gold threads onto the basic velvet. This embroidery is also known as raised spine embroidery but is often related to silk theread embroidery. Whether it is embroidered, raised or using appliques, it is all the same from the cloth’s surface because it is filled with pith.

Its origins and use is believed to be the same as that of the woven fabric (songket) which is based o using basic materials like gold threads, velvet and basic flower design. Once upon a time, these decorations and materials belonged to the royal courts.

I perak, raised relief embroidery was monopolised by the royal family. The Sultanah of Perak was a great designer and craftsman who created many designs at the end of the 19th century. Today raised relief embroidery is a noted handicraft but its use is still limited only to certain occasions and ceremony. Nevertheless, this craft has great potential as a comercial product.


Sumber : Broshur Kraftangan Malaysia, ISBN 983-9196-24-3

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 17, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan